02 June 2014

kembalilah..

kita hidup hari ni kerana ibu kerana bapa.

kadang-kadang bila kita tengok family orang lain pegi holiday sana sini, pegi makan hotel tu hotel ni, kita rasa besttttttttttttttttttttt sangat. meleleh air liur.

kenapa la family aku tak macam tu. kenapa la mak ayah aku orang susah. dari kecil tak pernah merasa hidup mewah.

kadang-kadang bila kita tengok family orang lain bahagia sangat. tak pernah gaduh. selalu buat kerja sama-sama. tak pernah ditinggal sorang2.

kenapa la family aku tak macam tu. kenapa la mak ayah aku selalu sibuk sana sini. dari kecil tak pernah rasa macam ada keluarga.

mak ayah juga yang salah.

padahal berpuluh tahun mak ayah besarkan kita.. berpuluh tahun kita dibela, dididik, diasuh, dibelai.
berjuta kali kita uji kesabaran mereka. mereka xpernah rasa mewah bahkan berpenat lelah pula mencari rezeki untuk suap mulut kita. pernah ke mereka tinggalkan kita?

tak pernah.

tapi bila dah besar, dah pandai fikir, kita rasa kita je yang betul.
bila dah besar kita bangkang tu kita bangkang ni. kita rasa mak ayah kita tak betul. kita rasa mak ayah tak faham kita.

padahal dari kecil kita dah hidup dengan mak ayah kita, dibesarkan dengan cara macam tu.


wahai anak-anak. kita punya satu mak. kita punya satu ayah. takda siapa punya banyak mak. takda siapa punya dua ayah. walau seburuk mana pun mereka.
daripada kita nampak buruk mereka, kenapa tidak kita sendiri yang ubah keburukan menjadi kebaikan?

tiada apa yang tinggal untuk mak ayah melainkan doa anak-anak mereka yang soleh.

Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhumma kama robbayani soghiro 
Ya Allah kau ampunilah dosa dosaku serta dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku sedari kecil.

aamiiin





2014

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN YANG MENTADBIR SEKALIAN ALAM

syukur, masih diberi rahmat dan keberkatan merasai nikmat kurniaanNya.
malam ni Allah izinkan lagi otak ini berjalan menulis bait-bait fikiran.
tiada apa yang terjadi melainkan izinNya
tiada apa yang dengan mudahnya tertulis di sini melainkan dengan kehendakNya
jari ini hanya menyampaikan, sama sama mengingatkan, hanya dengan izinNya

sudah terlalu lama berdiam diri. mencari diri.

diri ini tidak sempurna.
maaf andai apa yang ditulis selama ini tidak dizahirkan oleh aku sendiri.
aku juga manusia biasa, aku juga manusia alpa. aku juga punya iman yang sentiasa turun naik.
aku hanya dikurniakan buah fikiran dari yang maha Esa untuk peringatan meraka..dan aku sendiri.

mohon maaf sekali lagi.
hanya Allah yang menguasai segalanya.
tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya.

Assalamualaikum.

19 November 2013

LOVE&FAITH

“Yang kita harap dari manusia cuma dua -nasihat dan doanya. Itulah dua hadiah yang akan mengeratkan ukhwah kerana Allah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah... Kerana ada doa dan nasihat yang mengikat hati ketika jauh dan dekat.” -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-
manusia itu tak boleh hidup sendiri. tak ada manusia boleh hidup sendiri.
harus ada mereka. 
sekalipun tak ada mereka..kita masih ada Dia.

tapi kadang2 kita lupa kita ada Dia.
kita terlalu berharap pada manusia. kasih sayang kita sangat berlebihan untuk manusia. hingga kita lupa dari mana asal usul kita. kita lupa siapa tempat bergantung kita yang utama. kita lupa daripada siapa kita tercipta. dan untuk apa kita dicipta.

'satu tanda ketara yang hubungan kita dengan Allah sgt jauh adalah bila kita terharap harapkan manusia untuk isi kekosongan hati tu'

memang fitrah manusia itu hidup berkasih sayang.
namun kasih sayang yang melampaui batas membawa pada kemusnahan diri.
apa2 saja yang melampaui batas akan membawa kepada kehancuran.
bersederhanalah dalam berkasih sayang. cukuplah semata untuk mengharap keredhaan Allah dalam setiap perhubungan.

'Sesuatu yang berlebih-lebihan pasti akan keluar dari jalan yang lurus..'

sekalipun sudah tergelincir menyayangi, kita masih ada Dia.
kembalilah ke jalanNya

hargai peluang yang masih tersisa.
apa yang telah terjadi,sudah berlalu.
apa yang ada sekarang adalah masanya
yang akan datang..belum tertulis. menjadi misteri.
cukup sekadar yakin pada yang Maha Mengetahui.

Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

bila kita jatuh, apa yang perlu kita buat adalah bangun, bangkit dan terus berjalan. ikhlaskan hati.. berdoa, dengan sepenuh yakin dengan segala perancangan Allah..yang Maha Adil.

15 September 2013

life aint that bad..

hidup ini sebuah perjalanan.
sepanjang perjalanan banyak benda kita boleh tengok
banyak benda kita boleh fikir.
singgah situ singgah sini.
ramai orang kita jumpa.

banyak berjalan buat kita sedar.
kita masih sempurna.
masih ramai yang inginkan hidup macam kita.
masih ramai yang serba kekurangan.
masih ramai yang tak bernasib baik macam kita.

tapi hidup mereka tenang.
tiada masalah.
tak perlu lari kemana mana.
bahkan kita yang lari mencari mereka.
untuk secebis rasa tenang.

mereka itu sangat cekal.
mereka itu.. yang selalu bersyukur.

'Allah never promised this life would be easy
but He did promise that He would be with you
every step of the way.'

teruskan berjalan
hidup ini tak seteruk yang kamu fikirkan

31 August 2013

sadness overload.

sometimes late at night..
i lie awake n watch her sleeping
she's lost in peaceful dreams
so i turn out the lights
n lay there in the dark..



Is the love i gave her in the past gonna be enough to last? If tomorrow never comes.

tomey tomey

hari ni 31OGOS. selamat hari merdeka Malaysia.
erk.

ini gambar baby.



pg tu dia menangis cari buku kord gitar sambil pegang 1 raket badminton.
abang dia kasi 1 buku.
dia petik tali raket.
dia tengok buku yang penuh dengan kord lagu.
dia nyanyi.

dia baby. ikut je apa yang orang dewasa buat.

meski buku tu penuh dengan equation algebra.
raket badminton sampai bila2 pun takda irama!

itulah manusia.
tercipta asalnya kain putih. hanya ibu bapa dan orang sekeliling yang diharap untuk mendidiknya.
buruk yang ditunjuk buruk lah yang terhasil
baik yang diajar, baik lah yang kita dapat.

setiap orang punya keluarga yang mencorakkan diri masing-masing
lain keluarga lain hasil seninya
keluarga itu begitu. keluarga ini begini. keluarga inu beginu.. ;p

bila dah besar. kena keluar cari kawan. kena keluar cari ilmu. didikan keluarga masih tidak cukup untuk menjadi insan! masih terlalu banyak kekurangan yang perlu dibaiki. terlalu banyak.

manusia itu dicipta berlainan rupa untuk mereka melengkapi antara satu sama lain. yang kurang ditambah. yang lebih disedekah.

fahamilah sesama kita. kita tak datang dari kepompong yang sama. jangan hanya tahu mengherdik memaki.
sama samalah berkongsi rasa kehidupan.





29 August 2013

buah tangan dari twitter

erk. skali baca terus tepat mengena sasaran ke muka..dush2 kena tampaq rasa sampai ke otak. otak tafsir tejojol biji mata.

well said.
selama hidup ni baru perasan.
tak pernah sedar.
itu betul.

pertama tama memang niat nak bagi nasihat. cakap elok elok lembut lembut biar dia tahu dia kena buat itu ini.
tapi bila kita dapat respon negatif
dia tak nak dengar cakap kita.
dia buat tak tahu pekakkan telinga mulut menjawab
kita jadi geram.

darah naik sratos degree sebagai reflek dengan respon menyakitkan jiwa

potpetpotpet...tak nak behenti
cakap itu cakap ini nak marah punya pasal
nak nasihat lagi...errr
tapi nada marah dan kecewa

masa tu bebel dah melalut tah pape
sebabkan perasaan marah kita bagi nasihat orang buat donnow
hahahahhaa.

padahal
potpet2 sebab rasa tercabar nasihat kena reject.
masa tu keikhlasan dah hilang tah kemana.

dah elok awal2 niat nk nasihat baik2. sekarang dah jadi lain.

adik...adik,
maaf.
manusia seperti aku.
susah sabarnya.
huhuhuhu





the punisher.

life is not perfect. it never will be...

kadang-kadang kita terlalu berharap tinggi untuk sesuatu
hingga buat kita mati
dengan harapan sendiri.

harapan terlalu tinggi untuk mereka
namun,
sebaliknya yg terjadi.

macam mana kita rasa kalau kita harap sangat adik kita dpat 5A UPSR tapi tup2 dapat 3A je.
kita ni bkn main berharap sampai kecewa sangat target tak tercapai.
padahal adik kita tu lagi lahh dabel down.
dahla kecewa dengan diri sendiri, tambah pulak kecewa sebab tak dapat penuhi hajat kakak.
sakit yang memandang, sakit lagi yang memikul.
kita fikir diri kita je. kan.

"...because that too much. can hurt you so much"

salah siapa.

salah hati yang terlalu mengharap.
berharap dengan mata yang buta
bahawa mereka tak seperti kita.
sejarah mereka.
sejarah kita.
tak pernah sama.
kita lupa.

life is not perfect. neither are you...

berhenti menghukum diri sendiri kerana terasa diri tidak sempurna untuk orang lain.

berhenti berharap untuk kehidupan yang sangat sempurna
dan terima segalanya..seadanya.

02 August 2013

mereka

manusia sekarang memang open minded.
kononnya.

ilmu setinggi langit
kalah ulamak

bila orang kata buat tu salah
orang2 bijak ni pandai keluarkan hujah.
yang salah itu jadi betul.


OPTIMISTIK!
yeah. itu orang yg tlebih bijak.
pandangan mereka berdimensi 3
bolak balikkan yang logik dengan fakta
semata nak nampak cerdik.

sampai tak nampak
manusia hina anjing
atau
manusia hina agama

oh by the way,

menganjing je keje
kan.









25 July 2013

kita yang tak sempurna.bukan mereka.

ajaklah orang lain jadi BAIK.
ajaklah orang lain jadi BAIK MACAM KITA.

beza. memang berbeza.
dua ayat tu tak akan pernah sama.

bila kita ajak orang supaya jadi baik macam kita.
itu memang tak kena.
cuba tanya diri.
kita cukup baik ke?
kita rasa kita dah cukup sempurna di mata orang lain?
kenapa nak suruh orang contohi kita?
siapa kita?
kita rasa kita lebih baik daripada orang lain.
itu namanya bangga diri.

ajaklah manusia jadi baik
dan bersamalah kita berjalan seiring mereka
tidakkah itu indah?
bersama sama menuju kebaikan

kita semua khalifah di muka bumi
kita semua adalah hamba Allah.
yang tak pernah sempurna.

aku nilai manusia dengan jiwa. bukan dengan mata.