30 December 2010

A picture tells a thousand words



I need to get away. Stay away, stay away. Get away!!!!!

28 December 2010

ayat Kursi/Al-Baqarah 225

Allah,
tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia,Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).

Fadhilat Ayat Kursi:

  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas menyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya
  • Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh
  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah
  • Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga
  • Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya
  • Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari
  • Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid
  • Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya

sekadar ingin mengingatkan sesama kita. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari sy sndiri, dan yang baik-baik itu datangnya dari Allah s.w.t.

25 December 2010

brand new look

sy dh bosan..inilah rupa belog baru saye.... inilah natijahnya bila dh xda keje len. lau ambk upah tlg buat belog org xpa gak. ohhh blogspot! bosan sudeyh.. lmbatnya ..lambatttt. dah tak sabar. tak sabar nk mulakan hidup baru. hohoh! 6 hari lg. countdown! 1januari2011. cant wait for dat.....(dat???) ape-ape je lah. Assalamualaikum WBT. semoga diberkati hidup olh Allah SWT.. selamanya. AMINN..


SEDIKIT INFORMASI..mohon share..hehe


Etika dan Adab Seorang Blogger facebook dll....
by Shams Al-qamar on Saturday, December 25, 2010 at 12:19pm


1. Memberi dan menyampaikan maklumat adalah kerja terpuji bagi membina dan membentuk minda para pembaca . Tetapi ianya mestilah dilakukan dengan penuh adab dan etika . Bertanggungjawab dengan tulisan dan amanah dalam meriwayat .

2. Pertama : Ikhlas , jujur dan suci niat dalam apa jua bentuk tulisan justeru ia diperhati dan dinilai oleh Allah swt sekalipun serapat mana bilik komputer kita dikunci

3. Kedua : Tulis dan riwayat perkara yang benar . Jangan berbohong atau berdusta . Menyembunyikan fakta sebenar dan menukilkan andaian yang penuh hasad dan dusta . Kerana dosa dan neraka juga boleh menerima seorang penulis blog sebagaimana pahala dan syurga juga boleh menerima mereka . Bergantung bagaimana mereka ber"blog" .

4. Ketiga : Berbahasa dan berbudi dalam tulisan tentunya menjadikan hasil karya kita lebih bermutu dan meyakinkan . Kebenaran akan ternoda dengan kalimah dan tulisan yang kesat atau celupar dan berbau fitnah .

5. Keempat : Tulisan yang bertanggungjawab ialah yang diketahui siapa penulisnya . Penulis misteri hanya meletakkan tulisannya setaraf surat layang yang tidak memiliki kredebiliti untuk dipercayai dan diyakini .

6. Kelima : Penulisan menggambarkan karektor penulis . Penampilan gaya dan cara penulisan yang tenang , ceria , jelas dan benar akan membawa pembaca merujuk kepada kehebatan peribadi penulis . Lantaran itu , menulislah dengan jiwa yang tenang dan nurani yang suci nescaya tulisan itu akan meresap dengan tenang ke segenap jiwa pembaca dan membawa ketenangan kepada semua .

7. Ramai penulis mutaakhir ini selain terjebak sebagai penulis upahan untuk menjuarai kepentingan tertentu , terdapat juga penulis picisan yang tidak punya matlamat dalam menulis kecuali menabur fitnah dan menyalakan api permusuhan . Mereka langsung tidak memiliki etika penulisan bahkan tiada juga adab dalam menulis .

8. Mereka menulis seolah - olah mereka bebas untuk berbuat apa sahaja tanpa memikirkan implikasi atau risiko yang bakal tercetus gara - gara tulisannya . Mereka hanya mementingkan diri sendiri untuk mencapai sebuah kepuasan yang tidak pasti benar atau salah . Penting bagi mereka ialah puas . Mereka tidak peduli kadang - kadang sahabat handai dan rakan taulan sendiri remuk rendam perasaan angkara tulisannya .

9. Hati - hatilah sahabat sekelian , dalam kita menulis di sana terdapat beberapa perkara yang perlu difikirkan secara mendalam sebelum kita publish sesuatu tulisan itu . Asasnya ialah bertanggungjawab terhadap tulisan tersebut dan ianya bertunjangkan kebenaran fakta dan nas .

10. Berjiwa besarlah justeru tulisan kita akan membentuk persepsi masyarakat terhadap apa jua isu yang kita bawa , jika tulisan yang kita paparkan adalah tulisan yang meyakinkan bukan menjengkelkan . Maka tulislah perkara yang baik nescaya kita akan dapat natijah yang baik .
Pun begitu , sabarlah ! terkadang tulisan yang baik dan benar ini akan diserang oleh musuh dan difitnah atau ditohmah kerana mereka tidak senang dengan kebenaran yang dibawa dan mereka cuba mengheret kita menjadi blogger seperti mereka yang penuh dengan hasad , fitnah , kata - kata kesat dan celupar serta sumpah seranah .

-Nasrudin Hassan at Tantawi-

24 December 2010

Know that I think about you


"Know that I think about you"

such a amazing line, because sometimes there's nothing left to say while we hope that one day, the one we love will say it back. Sometimes our faith leads us right to where we want it, and sometimes it's what gives us the strength to move on.

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku
Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua
Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja
Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku
Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu
Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka
Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

20 December 2010

teori konspirasi

sekian lama mencari-cari perkataan sebenar..disebalik cerita2 karut berkaitan Yahudi, Zionis dsb. credit to iluvislam.com. TEORI KONSPIRASI!

yess.. itulah perkataannya. Teori konspirasi adalah kepercayaan atau tuduhan bahawa sekumpulan individu berpakat melakukan sesuatu secara jahat.

semenjak dua menjak ni umat2 islam seluruh dunia (khususnya penduduk Malaysia) heboh duk bincang2 sal isu propaganda Yahudi, Freemason la apela. kdg2 xfaham, bnda2 yg xda kaitan pun boleh pula dikaitkan dgn propaganda Yahudi. 

daripada reka bentuk bangunan mega, KLCC yg heboh diperkatakan ada unsur Freemason,iluminati.. sampai struktur Kaabah pn terkena tempiasnya. iPhone 4G? sekarang pula kacau dengan nama Upin&Ipin. xpasal pasal.... colgate? yahudi.. TV? salah Yahudi. rokok? pon salah Yahudi. LAGI-LAGI PROPAGANDA YAHUDI. HABIS, KITA? SIAPA?? kita xda salah? apa nk jadi dengan dunia sekarang. padahal satu bukti sahih pun tidak dpt membuktikan kebenaran semua ni. akibat daripada terlalu banyak berfikir, terlalu banyak masa mencari yang tak patut dicari. semua tu karut.




kesian upin dan ipin




tiada yang sempurna di dalam dunia ini kecuali ciptaan Allah SWT. salah silap ada di mana-mana. apatah lagi kalau diteliti, mencari kecacatan satu persatu. mungkin itu semua hanyalah satu kebetulan, jangan cepat melatah. kita ada akal untuk berfikir. masih banyak lagi yang perlu difikirkan selain daripada benda2 xmasuk akal yang boleh dikatakan bodoh. betapa tandusnya pemikiran masyarakat hari ini. ketaksuban yang membawa kerugian kepada sesiapa sahaja, malah seluruh umat akan turut merasa tempiasnya.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." - Surah al-Hujurat: Ayat 6
bangunlah wahai saudara-saudaraku. masih banyak lagi yang perlu difikirkan. masalah umat, masalah agama masih lagi terumbang ambing. janganla bising pasal benda2 remeh temeh. tengokla, renungkan bagaimana kehidupan kita sekarang, adakah kita lebih maju daripada mereka? jangan terlalu paranoid. entah2 orang Yahudi pn xpernah terfikir pasal kita. tapi kita yang bersungguh-sungguh fikir pasal dia. tak guna pn,buang masa. jangan terlalu taksub, terikut- ikut dengan konspirasi bodoh. teori konspirasi ini menggoyahkan masyarakat dan memomokkan pemikiran kita. bangkitla..jangan cepat menuding jari mencari keburukan. telanla realiti walaupun pahit. kita masih jauh ketinggalan. adakah kita wajar melebihkan,mengutamakan sesuatu yang tak penting daripada berusaha melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat? renung-renungkan.


"Wahai orang-orang Yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang Yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (as-Sunnah) Rasul-Nya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." - Surah An-Nisa': Ayat 59




17 December 2010

smoga Allah merahmatimu.

terima kasih cikgu.. I pray for your health and happiness, only God can repay your kindness. without you, i wont be able to be what i am today. thanks.. youre the most wonderful teacher in my life.

i love u..n always will be.




16 December 2010

never will i forget you

"im shinning in da dark when u tell me that u love meee....."

"klu awk ade lg kt stu..sy nk awk dgr lagu adamaya..dn tngok liriknya sekali..sbb itu yg sy tngh wt skrg...i need those who love me..make me strong..make me feel dat im being loved..alwaz b there 4 me..."

sahabatku...............ketahuilah bhwa diri ini sgt merinduimu! rindu serindu rindunya! I have loved you for a long time, never will i forget you. please come back...i need u..damn much!

12 December 2010

selamatkanlah saudaraku

hati ini cukup marah. geram. sedih! terluka..tiada kata mampu terluah. setelah sekian lama..

wahai wanita, kenapa begitu mudah..mudah sekali hatimu cair dengan kata-kata pujian seorang lelaki, baru sehari dua mengenali seorang lelaki, begitu mudah..begitu mudah!! di mana kau letak maruahmu. di mana segala kata-kata kesatmu mengeji, mencaci pasangan lain di kala melihat mereka berdua-duaan..bermesraan dihadapanmu. aku cukup marah! marah! bukan kerana sikapmu terhadap lelaki itu, tetapi sikapmu terhadap manusia dan dirimu sendiri. mengeji,menghina org lain...tapi diri sendiri??? layakkah kamu?? sedarlah wahai wanita, manusia tidak pernah sempurna. sekalipun kau layak berkata-kata, janganlah meludah pada langit, jatuh ke muka sendiri. sekalipun imanmu goyah, janganlah sesuka hati menilai, mengata sekalian manusia yang berbuat salah di matamu. boleh jadi orang yang kamu keji itu lebih baik daripada kamu!

aku sedih... sedih! berubahlah wahai manusia, jaga mulut, jaga hati, jaga iman. kerana dua dosa yang membawa wanita ke neraka jahanam adalah disebabkan dua lubang;iaitu kemaluan dan mulut yang berkata-kata. cukup sekali aku mohon...kerana aku adalah saudaramu.


“Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum masuk ke dalam hatinya; dan jangan sesekali kamu menguncing terhadap kaum Muslim dan jangan sesekali mencari-cari noda atau auratnya. Ini kerana barangsiapa yang mencari-cari noda kaum mukminin, maka Allah s.w.t akan membalas pula dengan membuka noda-nodanya. Dan barangsiapa yang diketahui kesalahannya oleh Allah, nescaya Allah s.w.t akan menodai kehormatannya dalam lingkungan rumahnya sendiri”.

nasihat lukman al-hakim:
ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISI nya ialah IMAN dan LAYAR nya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.



03 December 2010

pelangi selepas hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.  

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. 

Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Pernahkah sekali kita memahami alam? Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.  

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? Jawabnya senang. Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. 

Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.  

taken from; iluvislam.com

30 November 2010

tazkirah hari ini

"Pahitnya kehidupan, adalah seperti segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama.
 
Tapi kepahitan yang kita rasakan, akan bergantung dari bekas yang kita miliki. Kepahitan itu berdasarkan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua bergantung pada hati kita.
Jadi semasa kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu perkara yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu.

Perasaanmu adalah tempat itu. Jiwa kamu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah seperti periuk besaryang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi keenakan,kesegaran dan kebahagiaan. ”

"Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita."

26 November 2010

layar keinsafan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi

Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi


hidup ini penuh cabaran dan liku. terimalah segalanya dengan penuh redha dan ikhlas kerana segalanya sudah tersurat hikmahnya. Allahuakbar..subhanallah..segala puji bagiMu yaAllah kerana segala dugaan dan cabaran dariMu adalah satu anugerah..yang menjadikan siapa aku..hambaMu yang telah banyak melayari detik-detik keinsafan. Alhamdulillah..terima kasih yaAllah.

ku mohon hidayahMu..jauhilah aku dari maksiat, dari segala keburukan dunia dan kesesatan. pimpin aku ke jalan yang benar. berkatilah hidup hambaMu yaAllah.

13 November 2010

kau sahabat..kau teman

Jika kamu mnadah air biarlah berpada,
jgnlah berharap pd takungannya dan jgn berharap ia bgitu teguh
ckuplah skadar keperluanmu..apabila skali ia retak tentu sukar utk kamu menampalnya..
akhirnya ia dibuang, sedangkan apabila kamu membaikinya smula ia msih boleh dgunakan lg..
begitu juga kamu mnerima seseorg,trima lah dia seadanya..janganlah terlalu mengagumi dan anggap ia terlalu istimewa..anggaplah dia spt mnusia biasa..

12 November 2010

bila hati berbisik

ANDAI INI JALANMU YA ALLAH, JANGANLAH KAU HADIRKAN RASA RINDU INI DALAM HATIKU, KERANA IANYA SANGAT MENYAKITKAN.

sampaikan salam rindu pada yang mengerti apakah erti sebuah kasih sayang.. pendamkan rindu dan kenangan jauh ke dalam sudut hati. mengingati kenangan masa lalu adalah sesuatu yang menyakitkan sesudah semuanya berlalu dan tak mungkin akan kembali.

kerana hidup tak selamanya di situ...

11 November 2010

bila cinta







Bila cinta kini, Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini,Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkanManisnya janjimu
Yang ku sambut itu Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu Menusuk hatiku
Hinggaku memilih Cinta yang fana

Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

kusebut namamu disetiap doaku
bangkitkan setiap kenangan tentangmu
yangku dapat hanyalah bayangmu

16 October 2010

lukaku lukamu jua

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada.Dan, luka kerana kata – kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah...

14 October 2010

selamat tinggal

Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia subur di hati kami.Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.
PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu penuh keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.

12 October 2010

kenapa hidup harus begini

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.
kadang2 hidup xadil. terlalu cepat menghukum. sedikitpun tidak diberi peluang walapun hanya sekali. berilah ruang untuk menebus kesalahan-kesalahan yang telah terjadi. agar sesuatu akn jd lebih bermakna. kenapa harus begini.. kehilangan mmg sesuatu yg memeritkan. kepahitan itu selalu datang tatkala hati berbunga kebahagiaan. kenapa begitu mahal peluang utk berubah. kenapa begitu susah memperbaiki kesilapan lalu. kenapa harus menghukum walaupun tanpa sengaja melakukan slh. aku manusia..hamba yg xpernah sempurna. masih mencari-cari apakah hidup ini. berilah aku peluang....... utk mengenali dan menikmati hidup selagi hayat masih ada.

10 October 2010

inilah hidup...

what goes around comes around. hidup xubah mcm roda. yg diatas x selalu akn berada di atas. yg dibawah akan ke atas juga satu masa nanti. kebahagiaan yg baru seminit tercipta, tiba tiba hncur berkecai seolah olah tiada satu pun keindahan, memori yg pernah terukir. begitu senang meruntuhkan sesuatu yg mengambil masa yg lama untuk terbina. begitu mudah terlerai, setelah begitu lama masa diambil untuk terikat. betapa kejamnya manusia memusnahkan sesuatu yg skian lama terjalin, disebabkan kesilapan sekecil kuman, kesalahan yg xakan pernah difahami oleh masa-masa terindah yg pernah berlalu. betapa mahalnya harga sebuah kemaafan. betapa murahnya nilai sebuah perhubungan. kadang-kadang terasa tidak adil.

adakah itu namanya tkdir.. bilamana manusia sudah tidak mampu mengubah keadaan, bilamana manusia sudah kalah mempertahankan hakikat sebenar. Allahuakbar... hanya Allah yg maha mengetahui. sudah pasti terselit hikmah-hikmah di sebalik kesusahan itu. itu janji Allah. bersabarlah menempuh perpisahan, penderitaan. kerana ada sinar yang menanti di penghujung.

berilah aku kesabaran yaAllah...dlm menempuh dugaan ini. walaupun seketika.. itulah jln terbaik daripadaMu. aku redha. Kau rahmatilah dirinya, kau bahagiakanlah dirinya sepertimana aku pernah berasa bahagia sepanjang masa dia disisiku.

terima kasih wahai insan yang pernah menemani hari-hariku.. persahabatan ini xkn pernah berakhir meski terpisah disini. aku gembira mengenalimu..meniti hari-hari terindah bersama-sama, berkongsi ttg hidup, suka-duka tawa. berkongsi rasa, kasih sayang yg xpernah terhitung banyaknya. insyaAllah akn kekal hingga hujung nyawa. walaupun seketika, cukup bermakna mengenali seorg insan yg telah byk mengajarku erti hidup. walaupun dia tidak pernah tahu. biarlah mnjadi rahsia hidup..rahsia Tuhan. maaf atas segala perbuatan yg telah mencetuskan segala-galanya...yg tlh mncetuskan perpisahan yg xpernah terjangka. semoga Allah memberkati perjalanan hidupnya. amin...

30 September 2010

sabar...separuh dpd iman

"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan.. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan" - Imam Shafie


29 September 2010

Cinta Dalam Diam

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatuperbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. ” (QS. Al Israa’ :32)


Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

Ketika cinta kini hadir tidaklah untuk Yang Maha Mengetahui saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba…mungkinkah dengan ridha-Nya atau hanya mengundang murka-Nya…

Jika benar cinta itu karena Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah karena hakikatnya ia berhulu dari Allahmaka ia pun berhilir hanya kepada Allah..

Cukup cintai ia dalam diam… bukan karena membenci hadirnya…tapi menjaga kesuciannya bukan karena menghindari dunia…tapi meraih surga-Nya bukan karena lemah untuk menghadapinya…tapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..

Cukup cintai ia dari kejauhan… karena hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari cobaankarena hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangankarena hadirmu mungkin saja ‘kan membawa kenelangsaan hati-hati yang terjaga…

Cukup cintai ia dengan kesederhanaan… memupuknya hanya akan menambah penderitaan menumbuhkan harapan hanya akan mengundang kekecewaanmengharapkan balasan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan…

Cukup cintai ia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan…

karena tiada yang tahu rencana Tuhan…mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan

karena hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikan…serahkankan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya biarkan ia yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya… “Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga.” (Umar bin Khattab ra.)

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, danlaki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), danwanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-lak iyang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yangdituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduhitu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)” (QS.An Nuur:26)


originated from: Cinta Selepas Nikah on Saturday, September 25, 2010 at 1:58pm

24 September 2010

kenangan..kenangan...!!

kenangan....'was' memory. bnda dh jadi...dh berlalu. definisi kenangan. kenangan tetap akan
tinggal sebagai kenangan. sebab tu nama nya kenangan! huhu. masa tak akan
berputar. kenangan tetap di situ. tak akan pernah kembali sampai bila-bila. merindui dan mengingati kenangan sometimes sgt menyakitkan. sebab kita cuma mmpu merenung,mengingati tp dah xdpt nk melalui masa tu. kdg2 buang masa je flashback blk kenangan2 tu smua. tetapi dgn kenanganlah kita hidup. dgn sejarah jga manusia belajar untuk hidup..sebagai pengajaran dan sebagai pedoman untuk lebih bjaya dlm waktu2 yg mendatang.

saye sgt rindukan cerita lama. cerita kita. masa yang dh byk berlalu. masa yang dh banyak mengajarku erti hidup. masa yang dh byk memberi makna siapa diriku. masa yg telah membuka mataku berfikir ttg mereka2 diluar sana. masa yg dh byk mematangkan aku! dan masa tu jga hati mula..hah! kalaulah blh diputar masa tu balik. aku nk balik matrik! kemuncak kebahagiaan dlm hidup! kemuncak mengenal segalanya tentang hidup.






my ex roommate! tini n kema


my bestie..ija


kolej matrikulasi pahang



futsal tyme! vivi,ija,fiza n fara


heppy bday to me...with lele n lina



squasy ngn azni


kema,saye,fara,ct,mira,bobo,fiza.


terima kasih kawan2! kenangan bersama akan sentiasa diingati dan dirindui!
KMPh 08/09...kuantan,Pahang

19 September 2010

...........

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi....


give me the strength..guide me! show me the truth.......tell me

17 September 2010

am i too much?

what a quite dull day today. dissapointed........huh. really i am. how could you do this to me.
am a people person, i need people around me. but sometimes, i really dont understand why i really hope people i like will spend most of their time with me. i thought i was over possessive or something. but i guess, it is because i love them, the people i love, i'd like to have more of their time, hoping they'll love me too. but i guess, sometimes, it is just too much to ask for from them. i dont know. ok..............
i'll take a step back. give up.

i only wished to be able to have u by my side as much as possible. but u dont seem to agree with this. i guess, we are different. it's okay. i'll never repeat that again. i'll never put much hope, expecting big things from u. though ure still my friend, but it'll never be the same again i suppose. i'll be strong. am sorry yang. may God bless us.

my broken heart. it's u

10 September 2010

1 Syawal 1431H

hari kemenangan. hari kegembiraan. hari kesyukuran.
salam lebaran. selamat menyambut hari raya aidilfitri.. maaf zahir dan batin.


"Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangan (hari terakhir Ramadan 30 hari) dan kamu mengagungkan Allah (bertakbir raya) atas petunjuk-Nya yang dianugerahkan kepada kamu agar kamu menjadi orang-orang yang bersyukur."

06 September 2010

HIDUP INI INDAH!

"Life is full of beauty. Notice it. Notice the bumble bee, the small child, and the smiling faces. Smell the rain, and feel the wind. Live your life to the fullest potential, and fight for your dreams"

la tahzan...jgn bersedih. dont be sad. jgn bersedih dengan segala macam dugaan yg berlaku dalam hidup. kerana semua itu adalah ujian untuk mematangkan diri kita. semua masalah ada penyelesaiannya. terbukti. percayalah akan hakikat itu. manusia xakan dapat lari dari masalah. setiap manusia harus menghadapinya. walau sebesar mana dugaan yg dihadapi semuanya terselit nikmat yang xdpt digambarkan kemanisannya walaupun kadang2 kita xsedar akan hikmahnya. tak akn pernah ada mslh yg xboleh diselesaikan. TAK AKAN.

berserah pd Allah dan semuanya kan baik2 saja. itulah yg dinamakan REDHA dan TAWAKAL. Allah telah mengatur segalanya. kita cuma perlu menghadapinya dgn penuh kesabaran dan keredhaan. it is not juz about to "follow the flow" but kita juga harus berani mendepani cabaran hidup. semua yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi. baik perkara buruk mahupun bnda terindah dalam hidup kita. semua itu ada balasannya. tidak semestinya dugaan berat yg kita terima itu buruk bagi kita dan begitu juga dgn ujian kesenangan itu baik untuk kita. Allah itu maha adil.


"Dan demi sesungguhnya kami tetap
menguji kamu sehingga ternyata pengetahuan kami ternyata adanya orang
yang berjuang daripada kalangan kamu dan orang yang sabar. Kami dapat
mengesahkan berita mengenai keadaan kamu." (Surah Muhammad, ayat 3)
p/s : syukur alhamdulillah untuk segala dugaan dan cabaran hidup yg tlh byk mematngkan diriku mnjadi siapa aku sekarang. mmg hidup ini sgt indah bila bersama org2 yg tersayang..family yg tercinta, rakan2, xterasa walau sehebat mana dugaan menimpa! trima ksh semua!




22 August 2010

rindu seorang kekasih xpernah sama dgn rindu seorang kawan

dia. seorang kekasih. dan dia. seorang kawan. i miss both of u! perasaan yg sukar dimengertikan. sgt tidak dpt difahami. but rindu seorang kawan lebih hebat rasanya daripada rindu kepada seorang kekasih..betulkah?? BETOL. laa.

ahhhhhh rindu..my family lg dpd diorg ok. hehe. (ckp mcm keling je).

hari yg sgt membosankan menyebabkan kerinduan melanda diri. rindu semua org atas dunia nih!! sy syg kamu2 mereka2 dia2! tnpa dia dan mereka siapalah diri ini. dan aku tak akan jadi siapa diri aku sekarang. syukur alhamdulillah. terima kasih pada semua. my family, kwn2, dia.......dan Dia, yg Maha Mengetahui segala di langit dan bumi. semoga hidup sentiasa diberkati Allah SWT. Amin.

15 August 2010

pagi yang cerah!

surfing.....tbe2 tjumpa bnda ni. best!

"tidak ada kebahagiaan yang tinggal bagiku...kecuali dalam takdir ALLAH.."Pernah ada sahabat bertanya padanya.."Apakah yang tuan inginkan dari kehidupan dunia ini..." maka umar menjawab..."Apa yang ALLAH telah tetapkan untukku di atas muka bumi ini...itulah yang aku inginkan dalam hidupku...aku redha dengan ketentuan dariNYA untukku...."

Allahuakbar. diri ini ingin sekali merasa manisnya perasaan itu. tapi siapalah aku. masih tercari-cari siapa diri ini. hakikat hidupku yang xpernah puas dengan apa yg dimiliki. tidak pernah bersyukur dengan apa yang dikurniakan. hanya keluhan yang terluah setiap kali kesabaran teruji. Tuhanku, bimbinglah aku untuk menjadi seorang insan yang sentiasa ringan lidah menyebut Alhamdulillah.. segala puji bagiMu yaAllah.

11 August 2010

1 Ramadhan 1431H

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan.
Ramadhan datang lagi..syukur Alhamdulillah masih lagi bernafas di bumi Allah. Masih lagi diberi kesempatan merasai kemanisan Ramadhan Al-Mubarak. Salam Ramadhan buat semua, semoga terisi sesuatu yang penuh bermakna di bulan yang mulia ini.

"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." - Surah al-Baqarah: 185.

20 July 2010

syukur alhamdulillah

jarang2 kita sedar yg kita xpernah bersyukur dengan apa yang kita ada. nikmat sihat, kemewahan, pangkat, rupa. subhanallah....
kita masih tercari cari apa yang dikurniakan walhal sudah ckup di depan mata.
masa tgk cita td, terdetik hati ngan ayat ni,

"kadang2 apa yg kita anggap hina itu, adalah cahaya bagi orang lain"


jangan sesekali memandang rendah pd orang lain. mereka2 yg xsenasib dgn kita. kita tgk org2 yg tak bernasib baik dlm hidup.. miskin harta, miskin ilmu, jgn mencela mereka. jgn memandang rendah pada mereka. jgn meninggi diri. bukan kuasa kita untuk menentukan nasib mereka. blh jadi mereka lebih bernasib baik in future. Allah Maha Mengetahui. siapalah kita nk judge mereka2. kita xlayak. orang yang kita lihat tidak sama dengan diri kita.. adakah itu 1 ketidaksempurnaan? manusia tdk adil. terlalu cepat menghukum. tidak sedar dan tdk mahu menerima kelemahan diri sendiri. boleh jadi orang yang dihina itu, lebih baik daripada orang yang menghina.


"Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik"

19 July 2010

warkah untuk alia

"I never knew I could feel so much pain, and yet be so in love with the person causing it."


Heartbroken, empty and lost..
there's really no other words could describe my feelings rite now. i really miss u dear.
I
t's been great time hanging out with you for this couple of days! There is always this good feeling after talking to you. I really miss the time when we were still here; ko k bdminton. huhu..that's the time when I got closer to you and know more about you.

huh sdey u know, S E D I H??? ive learned so many thing from you. sy xpernah jmpa owg mcm awk. perfectly PERFECT! honestly i do. mmg susah nk pcaya. sy taw diri ni ego xpernah nk ngaku dpn awk. am sorry, but that's just the way i am
.

Friends come and go. Not everyone can be a good match but sometimes am so lucky to meet wonderful people like u.
Am gonna miss you..badly! Knapela bnda yg kita suka, bnda yg kita nk, skejap je kita dpt. Why did u leave me alia. huh! Tp papepun hidup sy msih panjang. same goes to you. smua ptemuan ada perpisahan. Tp knapa prjalanan cerita kita tlalu cpt. byknya tapi..

xpela, sy relakan kepergian awk. =') i'll treasure all the moments weve been made all this while..(mcm pelik j ayt..) terima kasih byk2 4 everything. sorry 4 every single mistake ive ever done to u. wish u all the best in everything u do. semoga sentiasa dlm rahmat ALLAH SWT. jiwa dh kacau xleh tulis byk2. nt hncuss lptop kne water drops. hhehe.

ukhwah fillah abadan abada..kerana ILMU kita bertemu, kerana PERKENALAN ukhwah terjalin, kerana CITA-CITA perpisahan terjadi, dan kerana satu ikatan LILLAH ia akn berkekalan dan diredhai.


We are girls who are strong enough to fight for what we want. :) All the best to us, babe! And meet up sooooooon! take care!
Goodbye, my friend. You will be missed more than you could ever have guessed!

with love,
ajazai

15 July 2010

saya rindu kawan2 saya!

ermmm...hidup ni salu je ada masalah. masalah mental, jiwa, rohani, jasmani! ak perlukan seseorang!

rindu rindu rindu..memanggil manggil namamu
seperti terbang di langitmu tenggelam di lautan cintamu...lalala

bait2 lagu tu mengingatkan ak pd someone. actly xsmpai stahun pun ak kenal dia. tp xtaw knape, rs syg sgt.huhu...pelik2. i miss u alia naim! atin, i miss u too! bila nk jumpa. miss u all damn much!
wanna hug n kiss u like there's n0 tomorrow!


ni nur fatin pinky


alia naim...(kak alia..hehe)

14 July 2010

my new liFe begins hEre.....

here...rumah baru. rumah sewa. tempat berlindung dari panas dan hujan, tempat utk ak tggl demi mencari segunung ilmu. huhu sadis.. walaupun rumah ni xpernah sejuk. hiiiiisssh! tu je yg ak ley describe. ni dilampirkan sdikit preview umh ku






rinduuuuuuuuuuuuu klate! nak balikk!

09 July 2010

Kisah suka duka seorang aku

Berat rasa hati ni nak balik ganu. Em..mungkin kedengaran agak kelakar di situ. Ganu je pon, berat hati mengalahkan orang stdy kt oversea. Tapi mereka2 tak tahu, takkan pernah faham kenapa dan mengapa. Em ikuti kisah selanjutnya…….

3bulan cuti sem. Menjalani hari-hari yg penuh liku. Pelbagai peristiwa tercipta. Byk pengalaman terukir. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan semua kenangan yang terbina. really hard to say, macam mana aku boleh berjaya sampai ke tahap ni, hari ni, jumaat. Syukur Alhamdulillah. Mcm2 suka duka tlh aku tempuhi . Terlalu banyak cerita hidup terlakar meniti perasaan yg tak pernah dirasai. Things yg xpernah dialami dalam hidup hinggalah benda paling buruk happens dlm sejarah hidup seorang aku. Dalam masa yg sangat singkat terpancar pelbagai jenis karenah manusia, segala macam masalah, bermacam rasa suka dan duka. Hanya kesabaran menemani semuanya. Baru sekarang aku sedar, semakin aku dewasa, semakin aku pandai menilai baik buruk, masih byk lagi dugaan dan masalah yang bakal aku tempuhi. Ya Allah, aku sedar setiap manusia tidak sama..jauhilah aku dari segala ketidaksempurnaan manusia. Rahmatilah aku ya Allah, berilah aku petunjuk untuk menjadi seorang hamba yang terbaik, lurus melalui jalanMu ya Allah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah al-Imran, ayat 139)

08 July 2010

psst..

hari ni hari khamis. xsedar pon. igtkn masih laaa hari rabu. ahd kna blk UMT. campus life akn dan bakal bermula. xbesh! tapi walau pepon kena hadapi jugak. hish..sabo2, hidup masih pnjang. jgn cepat mengalah.belajar selagi ada masa dan kesempatan. jgn menyesal kemudian hari. nk try pjuk2 aty ni. sabda Rasulullah SWT:

"Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk
dalam golongan orang yang berjuang pada jalan Allah ,
sehinggalah ia kembali".
okeh UMT, here i come!

assalamualaikum..

iyahhh! hari ni baru ada feel nk start blogging stlah skian lama blog ini tercreate. xda keje la ni. actly blog ini untuk kite2 je. saje2. buang2 waktu. mendiarikan memori..kenangan sehari hari bersama aku,dia, dan mereka n also utk kamu2. hehe..
kan dh ckp. idea dh kering. jiwa ini bukan sasterawan. diri ini cuma manusia biasa yg xpernah puas dgn kehidupan. mencari2 ketenangan jiwa. mencari2 kebenaran dan hakikat yg hakiki. jiwa yg sdg mncari erti hidup, siapa diri ini. kepada siapa hidup ini. dan mengapa diri ini dilahirkan. dikelilingi manusia yg bernama dia dan mereka. siapalah diri ini tanpa Dia dan mereka.
"inginku mengenali erti hidup yg diberi
dunia jd saksi liku2 kan ku harungi..."