16 October 2010

lukaku lukamu jua

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada.Dan, luka kerana kata – kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah...

14 October 2010

selamat tinggal

Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia subur di hati kami.Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.
PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu penuh keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.

12 October 2010

kenapa hidup harus begini

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.
kadang2 hidup xadil. terlalu cepat menghukum. sedikitpun tidak diberi peluang walapun hanya sekali. berilah ruang untuk menebus kesalahan-kesalahan yang telah terjadi. agar sesuatu akn jd lebih bermakna. kenapa harus begini.. kehilangan mmg sesuatu yg memeritkan. kepahitan itu selalu datang tatkala hati berbunga kebahagiaan. kenapa begitu mahal peluang utk berubah. kenapa begitu susah memperbaiki kesilapan lalu. kenapa harus menghukum walaupun tanpa sengaja melakukan slh. aku manusia..hamba yg xpernah sempurna. masih mencari-cari apakah hidup ini. berilah aku peluang....... utk mengenali dan menikmati hidup selagi hayat masih ada.

10 October 2010

inilah hidup...

what goes around comes around. hidup xubah mcm roda. yg diatas x selalu akn berada di atas. yg dibawah akan ke atas juga satu masa nanti. kebahagiaan yg baru seminit tercipta, tiba tiba hncur berkecai seolah olah tiada satu pun keindahan, memori yg pernah terukir. begitu senang meruntuhkan sesuatu yg mengambil masa yg lama untuk terbina. begitu mudah terlerai, setelah begitu lama masa diambil untuk terikat. betapa kejamnya manusia memusnahkan sesuatu yg skian lama terjalin, disebabkan kesilapan sekecil kuman, kesalahan yg xakan pernah difahami oleh masa-masa terindah yg pernah berlalu. betapa mahalnya harga sebuah kemaafan. betapa murahnya nilai sebuah perhubungan. kadang-kadang terasa tidak adil.

adakah itu namanya tkdir.. bilamana manusia sudah tidak mampu mengubah keadaan, bilamana manusia sudah kalah mempertahankan hakikat sebenar. Allahuakbar... hanya Allah yg maha mengetahui. sudah pasti terselit hikmah-hikmah di sebalik kesusahan itu. itu janji Allah. bersabarlah menempuh perpisahan, penderitaan. kerana ada sinar yang menanti di penghujung.

berilah aku kesabaran yaAllah...dlm menempuh dugaan ini. walaupun seketika.. itulah jln terbaik daripadaMu. aku redha. Kau rahmatilah dirinya, kau bahagiakanlah dirinya sepertimana aku pernah berasa bahagia sepanjang masa dia disisiku.

terima kasih wahai insan yang pernah menemani hari-hariku.. persahabatan ini xkn pernah berakhir meski terpisah disini. aku gembira mengenalimu..meniti hari-hari terindah bersama-sama, berkongsi ttg hidup, suka-duka tawa. berkongsi rasa, kasih sayang yg xpernah terhitung banyaknya. insyaAllah akn kekal hingga hujung nyawa. walaupun seketika, cukup bermakna mengenali seorg insan yg telah byk mengajarku erti hidup. walaupun dia tidak pernah tahu. biarlah mnjadi rahsia hidup..rahsia Tuhan. maaf atas segala perbuatan yg telah mencetuskan segala-galanya...yg tlh mncetuskan perpisahan yg xpernah terjangka. semoga Allah memberkati perjalanan hidupnya. amin...