22 May 2011

sebuah kehilangan

terkedu..menatap status2 fb seorang ibu mithali. seorang ibu yang banyak mengabdikan diri sebagai seorang hamba Allah yang solehah. seorang ibu yang taat pada agama. baru kehilangan seorang anak perempuan yang sangat disayangi, permata hati setelah bertahun menanti kehadiran seorang cahaya mata sulung. namun, kuasa Allah mengatasi segalanya, Raudhah Safiyyah..kembali ke pangkuanNya setelah hampir 50hari melihat dunia dan membahagiakan hari-hari ibubapa tercinta.
"Hari ini, Raudhah Saffiyah telah selamat dikebumikan ditanah perkuburan Shah Alam pada pukul 5.30ptg... Hujan renyai2 mengiringi pemergian bidadari kecil hati umi & babah... Walaupun hati umi& babah seperti hujan itu; namun umi & babah redha... kerana ini adalah ketentuan ALLAH, kerna Dia Tuhan kita... Pengharapan kita... tempat kita kembali... inshaALLAH, nnt kita berkumpul didalam syurga ye sayang...."
"Waktu umi & babah melihat jasad Raudhah Saffiyah pagi itu, bagaikan..... sesuatu yg tajam menghentap jantung umi... sepanjang perjalanan ke HSA, tanya doa & tangisan yg umi & babah ucapkan... umi dapat rasakan, hari ini adalah hari terakhir jodoh pertemuan kita... harapan umi hanya satu... ALLAH pertemukan kita di syurga..."
"Raudhah Saffiyah sihat... sihat... sihat... takde demam... takde sakit apa2... hanya cuma, masa Raudhah Saffiyah bersama umi & babah dikehidupan dunia ini telah ALLAH takdirkan berakhir Subuh tadi..."
"umi & babah... redha, redha, redha... kerana ini ketentuan ALLAH.... apapun asbab yg ALLAH hadirkan itu hanyalah asbab.. hakikatnya; ALLAH Maha Berkuasa... Dialah Yg Menulis Ketentuan untuk kita semua... umi & babah; say....ang Raudhah Saffiyah
"Selamat tinggal sayang umi & babah... InshaALLAH, bertemu lagi kita didalam syurga... disana pasti kehidupan yg lebih indah dan bermakna dari kehidupan dunia... peluk cium umi & babah berupa doa buatmu anakanda..."
"DariMu kami datang... kepadaMu... kami kembali... sesungguhnya, syurga itu adalah sebaik2 tempat kembali... moga ALLAH, kuatkan hati umi & babah, amin, amin, amin ya Rabbal a'lamin  "
...............innalillahi wainna ilaihiraji'un................................

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. kehilangan orang tersayang adalah pengalaman yang tersangat perit untuk dihadapi. namun sebagai hamba, hanya iman dan taqwa sahaja yang mampu menangkis segala rasa. semoga kak azizah dan suami diangkat darjat keimanannya, tabah mengharungi ujian Allah.

peringatan buat yang masih hidup. dan masih meniti hari-hari yang penuh membahagiakan. renungi siapa kita. sama-samalah kita mengambil iktibar daripada petunjuk2 Allah. sesungguhnya jodoh, ajal dan pertemuan ketentuan Tuhan. kita sebagai hambaNya tak akan terlepas daripada ujian..juga daripada mati. Allah akan menguji hambanya. Tidak akan dibiarkan orang mengaku beriman begitu saja. Keimanan bukan hanya pengakuan lisan yang biasa menipu. Perlu diuji, agar bersih dari sifat kekufuran dan kemunafikan yang tersembunyi.

“Apakah manusia menyangka akan dibiarkan berkata kami beriman, padahal mereka belum diuji. Sungguh kami telah menguji orang-orang sebelummu.” (Al-Ankabut[]:2)
Kesusahan adalah nuansa fluktuatif kehidupan. Yang seharusnya menambah indah suasana hidup ini. Agar tidak membosankan. Kerana watak manusia selalu bosan dengan satu suasana yang tidak berubah. Bukannya kita mencabar kesusahan untuk datang. Tetapi kerana kesusahan adalah suatu kepastian. Hingga kita dituntut untuk bersikap positif dalam menghadapinya.
 

21 May 2011

aku nikahkan kau

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia

Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . An Nuur : Ayat 32

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
* Masih menuntut di kolej atau uniersiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga


justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

 Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

sumber

15 May 2011

syok sendirey


alkisah sebuah keluarga hidup melarat yang tak sedar diri. hidup merata menumpang kasih, menumpang harta, menumpang belas manusiawi. sedangkan ukhrawi xpernah dikejar. iman dan ihsan entah ke mana. sering meratap nasib walhal nikmat kudrat yang sihat dan bertenaga tanpa cacat cela tak pernah dihargai. tak pernah diguna. satu hari, tuhan beri rezeki yang banyak tanpa disangka. daripada hidup menumpang orang, berteratak kayu, sekarang hidup terasa bagai di syurga langit ketujuh. mulalah lupa diri, heboh sana-sini bercerita, kagum tentang kemewahan berumah batu, perabot import. sayangnya semua tu pun harta menantu. masyaAllah.. ujian Allah nk bagi. nak uji sejauh mana keimanan manusia. tu pun masih xsedar.

'bila sudah tiada rasa malu, berbuatlah sesuka hatimu' -Rasulullah SAW

bila hidup syok sendiri. buat sesuka hati pun terasa disanjung orang. buat benda xelok pun terasa elok. xterasa dosa dan pahala. bila orang tegur, xnak terima, malah mengungkit. terasa semuanya betul. terasa diri disukai, disayangi, diperlukan semua orang. besarnya kepala. hidup di kemuncak syurga. bila dipuji, habis mengembang segala anggota. pecah. haha. bila ada yang bermulut manis, sekadar puji2 kosong, tp xsedar. terasa diri sangat cantik, duit berkepuk. dilihat bangga oleh semua orang. dan mulalah menmpakkan segala keindahan, even dh bersuami. riak. itulah manusia. bila terlebih pujian mulalah riak, takabbur, lupa diri, lupa agama. lupa..padahal semua tu ujian Allah semata-mata, dengan kuasaNya bila-bila masa akan ditarik nikmat yang sudah diberi. manusia mudah lupa, sebab itu nikmat adalah 1 bentuk ujian Allah kepada manusia.

tetapi, salah kita juga. manusia sekeliling yang terus-terusan mengabaikan mereka. malah terus-terusan memuji dan memuji. memberi galakan dan sokongan. tiada seorang pun yang berani menegur. takut. putus saudara. berdosa. sedar lak ada dosa. tp membiarkan orang2 syok sendiri hidup pun kita berdosa. tanggungjawab kita untuk mengamalkan sikap amal makruf nahi mungkar. kita bersaudara, ayat suka jaga tepi kain orang patut diketepikan. "berkata benar biarpun pahit". berkata benarlah! suka sy dengan ayat ni,
Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta. Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.  -iluvislam.com

11 May 2011

d.u.n.i.a.


kadang2 hidup ni sangat kelakar. tapi pelakon seperti kita ni xsedar. yang hanya boleh menilai adalah penonton. sape penonton? kita sendiri juga. kita adalah pelakon kita adalah penonton. mereka adalah penonton mereka juga adalah pelakon seperti kita. pelakon dan penonton masing-masing memainkan peranan yang sama sebenarnya. tanpa kita sedar kita diperhati.. dan juga seorang pemerhati. macam drama yang kita tengok, banyak andaian kita boleh buat melihatkan bagaimana perlakuan karakter2 dalam sesebuah cerita. terkadang andaian kita betul. tapi xsemuanya betul. tp juga, banyak yang betul. ;p

sesungguhnya drama yang xda motif sangatlah tidak menariknya. dan setiap drama yang menarik mesti ada unsur2 kejiwaan. unsur2 keinsafan yang terselit membawa sejuta makna untuk dihayati bersama. semua tu boleh diambil menjadi pedoman untuk kita sebagai penonton menilai baik buruknya kehidupan dan manusia. untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita sendiri.

begitulah kehidupan kita sebenarnya.

dalam kita melihat perlakuan baik buruk orang lain, sebenarnya baik buruk kita sendiri pun diperhatikan. dalam kita mengumpat menghina mengeji orang lain, sebenarnya kita sendiri pun sedang diumpat dan dikeji oleh orang lain. hidup ini cukup adil. saling memberi dan menerima.
hidup ini cukup mudah. buruk yang kita beri, buruklah yang kita dapat. karma.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 
“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

sebaliknya bagi orang2 yang hanya melihat keburukan orang lain. kemudian berdiam diri dan mengambil iktibar daripada kejahilan manusia untuk kehidupan mereka. itulah orang2 yang beruntung..dan beroleh hidayah Allah.

Persoalannya perlukah kita membuka keaiban orang lain sedangkan kita sendiri seringkali melakukan kesalahan. Selain dari sikap suka membuka keaiban orang lain, sikap manusia hari ini ialah sukar memaafkan seolah-olah martabat mereka lebih tinggi dan lebih mulia.

Setiap insan yang pernah dan telah melakukan kesalahan jika ia bersungguh-sungguh bertaubat dan kesal serta berusaha memperbaiki diri adalah lebih baik di sisi Allah dari mereka yang suka menghitung dan memperbesarkan kesalahan orang lain. Mereka ini hanya indah di mata manusia yang serupa dengan mereka tetapi tidak pada Allah dan makhlukNya yang benar-benar beriman.


mcm xda kaitan je ngan intro ulasan drama  kt ats tu ;p

08 May 2011

suara itu


“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”

- ‘Madarij al-Salikin’ al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah


http://drmaza.com