24 August 2011

kamikah yang bersalah

Haih nampaknye blog ini sudah berubah theme. Xpa. Ni blog sy. Baru je lps msj ngn sorang teman yang terlalu merendah diri sebab ape? Sebab dia study kt unisza. Dan dia sgt2 mengagungkan student2 dari hi clas university. Katanya budak2 uitm, um,utm,upm semuanya bijak. Dia xpandai. Ahaha.. oke dari sudut itu memang masuk akal la.. obvious! tp kdg2 kne think out of the box, tgk dari sudut lain. Nampak bekas2 cantik berkilau.. orang duk jg duk gilap tp isi kat dalam xsemestinya elok semuanya. Lumrah la tu. Hidup ni byk dimensi jgn sempitkan fikiran lihat 2D je. Ni zaman 3D dah ai.

Blajar kt u hebat macam mana pun tak menjamin seseorang tu untuk jd hebat. Betul tak? Penah jumpe tak student duk kt u hi clas tp perangai mcm low cls? Performance pn x se tOp nama u dia.Sy xpercaya kalau anda xpernah. Bukan nk kata apa.. bkn nk timbulkan kontroversi. Cuma nk menyedarkan mereka2 yang hanyut dengan pangkat dan nikmat dunia. Bangga diri. Rendah diri. Macam2 ada.

Saya pernah keluar dengan kawan2 lama saya.. kwn rapat. dengan kata lain reunion la kiranya. Yang sorg duk uitm shah alam, yang sorang duk UM, sowg lg duk UMT dan sorg lg, sy la..’low cls student’. Sedang enak bcakap tiba2 student um tu bukak cite sal cmna dia belajar kt sana..amek engineering.. silibus mcm tu mcm ni.. susah nk survive duk um bla3... then dia tnya lak dak uitm tu mcm mana kt sana.. ambik ape sem ni. Popet2 lgsung xhiraukan sy dan teman sy yg sorg lg. Mcm kayu. Bila sy mencelah sikit2 dia lgsung xnk dgr crita saya.. asyik cerita sal kehebatan institusi kebanggaan dia. Last2 msa nk blk dh.. dia tanya, awk amek kos mcm sy ke. Hah.. baru tahu? Setahun kawan. ok..sy bdk UMT jerr. Xpa. Diam.. itu lebih baik. -tamat- nilai sendiri.

Hidup ni xpunya satu hukum..bahawa kamu harus bjaya..wajib masuk u. Harus blaja kt u hi clas. Xda hukum semua tu. Mana saja kita berada itulah kita. Itulah jalan hidup kita. usaha bermatian matian pun kalau itu bkn untuk kita, sikitpun kita xkan dapat. Rezeki bukan hak kita..tapi di tangan Dia. Jadilah diri sendiri, kenal siapa kita, bersyukur dengan segala nikmat Nya, sabar dan tawakal. insyaAllah kejayaan itu milik kita..duduklah ceruk mana pun. Semua tu bkn penghalang.

Tak payah duk kata orang..cukupla tengok diri sendiri dulu. Kejar nama xkan bawa kita ke mana.. kejar ilmu, makin tinggi martabat kita. ilmu kat mana pun sama, yang penting nawaitu kita. nk cari ilmu ke nak blagak.Wallahu a’lam

put the power to what u want in life and love it honestly
hidup ni cukup indah dan tak akan pernah terbeban selagi mana kita tahu meghargai setiap inci ruang dan peluang yang kita dapat.

p/s;;; saya xpernah nyesal pun dpt UMT sebab ni yg sy nak. umt adalah top 3 lam list u yg sy apply. kata hati saya...................pasti!

16 August 2011

salam ramadhan..

lama sudah blog yg tidak menarik ini menyepikan diri. takdak idea. kering kontang. kepala pusing. hidup masih berjalan seperti biasa. ada suka ada duka. memang apa yang terjadi sekalipun yang pedih dan sekalipun terlalu bahagia..semuanya ada hikmah dan pengajaran. kita tak pernah bertemu dengan orang yang salah. dan kita tak akan pernah melalui detik waktu yang salah. semuanya ada kebaikan..ada sesuatu untuk kita pelajari. itulah yang menjanjikan siapa kita.

sebulan lebih.. pengajaran yang tak terhitung nilainya. berhadapan dengan berbagai ragam manusia. ada yang bengkok ada yang lurus..ada yang merangkak ada yang berlari.. ada yang mendongak, ada yang menunduk terpaku. aku..hanyalah pemerhati. lemah. tak berdaya..
tetapi.. dalam pemerhatian yang begitu tajam terhadap kehidupan lain..hati ini turut sama tersesat. tersesat dengan nikmat dunia sementara. terjerat dengan kesenangan duniawi. terasa diri sangat hina. berbekalkan iman yang lemah..yg sentiasa turun naik. di kala itu.. cahaya masih lagi hadir untukku. terima kasih untuk Sang Pemberi Nikmat..Allahu Rabbi. walaupun itu peluang untuk melunaskan impianku, namun telah kutinggalkan jalan itu. bukan bermakna pergi untuk selamanya..tetapi menjauh, semata mengharap redha Ilahi.


The Road Not Taken

  Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
apa sahaja jalan yang dipilih.. itulah jalanmu. selagi Tuhan masih dihadapan.


.