19 November 2013

LOVE&FAITH

“Yang kita harap dari manusia cuma dua -nasihat dan doanya. Itulah dua hadiah yang akan mengeratkan ukhwah kerana Allah. Bertemu tidak jemu, berpisah tidak gelisah... Kerana ada doa dan nasihat yang mengikat hati ketika jauh dan dekat.” -Ustaz Pahrol Mohamad Juoi-
manusia itu tak boleh hidup sendiri. tak ada manusia boleh hidup sendiri.
harus ada mereka. 
sekalipun tak ada mereka..kita masih ada Dia.

tapi kadang2 kita lupa kita ada Dia.
kita terlalu berharap pada manusia. kasih sayang kita sangat berlebihan untuk manusia. hingga kita lupa dari mana asal usul kita. kita lupa siapa tempat bergantung kita yang utama. kita lupa daripada siapa kita tercipta. dan untuk apa kita dicipta.

'satu tanda ketara yang hubungan kita dengan Allah sgt jauh adalah bila kita terharap harapkan manusia untuk isi kekosongan hati tu'

memang fitrah manusia itu hidup berkasih sayang.
namun kasih sayang yang melampaui batas membawa pada kemusnahan diri.
apa2 saja yang melampaui batas akan membawa kepada kehancuran.
bersederhanalah dalam berkasih sayang. cukuplah semata untuk mengharap keredhaan Allah dalam setiap perhubungan.

'Sesuatu yang berlebih-lebihan pasti akan keluar dari jalan yang lurus..'

sekalipun sudah tergelincir menyayangi, kita masih ada Dia.
kembalilah ke jalanNya

hargai peluang yang masih tersisa.
apa yang telah terjadi,sudah berlalu.
apa yang ada sekarang adalah masanya
yang akan datang..belum tertulis. menjadi misteri.
cukup sekadar yakin pada yang Maha Mengetahui.

Kita tidak akan kenal bahagia sebelum melalui sengsara, tidak kenal cinta sebelum faham erti benci, tidak menghargai senyuman tanpa air mata pedih.

bila kita jatuh, apa yang perlu kita buat adalah bangun, bangkit dan terus berjalan. ikhlaskan hati.. berdoa, dengan sepenuh yakin dengan segala perancangan Allah..yang Maha Adil.

15 September 2013

life aint that bad..

hidup ini sebuah perjalanan.
sepanjang perjalanan banyak benda kita boleh tengok
banyak benda kita boleh fikir.
singgah situ singgah sini.
ramai orang kita jumpa.

banyak berjalan buat kita sedar.
kita masih sempurna.
masih ramai yang inginkan hidup macam kita.
masih ramai yang serba kekurangan.
masih ramai yang tak bernasib baik macam kita.

tapi hidup mereka tenang.
tiada masalah.
tak perlu lari kemana mana.
bahkan kita yang lari mencari mereka.
untuk secebis rasa tenang.

mereka itu sangat cekal.
mereka itu.. yang selalu bersyukur.

'Allah never promised this life would be easy
but He did promise that He would be with you
every step of the way.'

teruskan berjalan
hidup ini tak seteruk yang kamu fikirkan

31 August 2013

sadness overload.

sometimes late at night..
i lie awake n watch her sleeping
she's lost in peaceful dreams
so i turn out the lights
n lay there in the dark..



Is the love i gave her in the past gonna be enough to last? If tomorrow never comes.

tomey tomey

hari ni 31OGOS. selamat hari merdeka Malaysia.
erk.

ini gambar baby.



pg tu dia menangis cari buku kord gitar sambil pegang 1 raket badminton.
abang dia kasi 1 buku.
dia petik tali raket.
dia tengok buku yang penuh dengan kord lagu.
dia nyanyi.

dia baby. ikut je apa yang orang dewasa buat.

meski buku tu penuh dengan equation algebra.
raket badminton sampai bila2 pun takda irama!

itulah manusia.
tercipta asalnya kain putih. hanya ibu bapa dan orang sekeliling yang diharap untuk mendidiknya.
buruk yang ditunjuk buruk lah yang terhasil
baik yang diajar, baik lah yang kita dapat.

setiap orang punya keluarga yang mencorakkan diri masing-masing
lain keluarga lain hasil seninya
keluarga itu begitu. keluarga ini begini. keluarga inu beginu.. ;p

bila dah besar. kena keluar cari kawan. kena keluar cari ilmu. didikan keluarga masih tidak cukup untuk menjadi insan! masih terlalu banyak kekurangan yang perlu dibaiki. terlalu banyak.

manusia itu dicipta berlainan rupa untuk mereka melengkapi antara satu sama lain. yang kurang ditambah. yang lebih disedekah.

fahamilah sesama kita. kita tak datang dari kepompong yang sama. jangan hanya tahu mengherdik memaki.
sama samalah berkongsi rasa kehidupan.





29 August 2013

buah tangan dari twitter

erk. skali baca terus tepat mengena sasaran ke muka..dush2 kena tampaq rasa sampai ke otak. otak tafsir tejojol biji mata.

well said.
selama hidup ni baru perasan.
tak pernah sedar.
itu betul.

pertama tama memang niat nak bagi nasihat. cakap elok elok lembut lembut biar dia tahu dia kena buat itu ini.
tapi bila kita dapat respon negatif
dia tak nak dengar cakap kita.
dia buat tak tahu pekakkan telinga mulut menjawab
kita jadi geram.

darah naik sratos degree sebagai reflek dengan respon menyakitkan jiwa

potpetpotpet...tak nak behenti
cakap itu cakap ini nak marah punya pasal
nak nasihat lagi...errr
tapi nada marah dan kecewa

masa tu bebel dah melalut tah pape
sebabkan perasaan marah kita bagi nasihat orang buat donnow
hahahahhaa.

padahal
potpet2 sebab rasa tercabar nasihat kena reject.
masa tu keikhlasan dah hilang tah kemana.

dah elok awal2 niat nk nasihat baik2. sekarang dah jadi lain.

adik...adik,
maaf.
manusia seperti aku.
susah sabarnya.
huhuhuhu





the punisher.

life is not perfect. it never will be...

kadang-kadang kita terlalu berharap tinggi untuk sesuatu
hingga buat kita mati
dengan harapan sendiri.

harapan terlalu tinggi untuk mereka
namun,
sebaliknya yg terjadi.

macam mana kita rasa kalau kita harap sangat adik kita dpat 5A UPSR tapi tup2 dapat 3A je.
kita ni bkn main berharap sampai kecewa sangat target tak tercapai.
padahal adik kita tu lagi lahh dabel down.
dahla kecewa dengan diri sendiri, tambah pulak kecewa sebab tak dapat penuhi hajat kakak.
sakit yang memandang, sakit lagi yang memikul.
kita fikir diri kita je. kan.

"...because that too much. can hurt you so much"

salah siapa.

salah hati yang terlalu mengharap.
berharap dengan mata yang buta
bahawa mereka tak seperti kita.
sejarah mereka.
sejarah kita.
tak pernah sama.
kita lupa.

life is not perfect. neither are you...

berhenti menghukum diri sendiri kerana terasa diri tidak sempurna untuk orang lain.

berhenti berharap untuk kehidupan yang sangat sempurna
dan terima segalanya..seadanya.

02 August 2013

mereka

manusia sekarang memang open minded.
kononnya.

ilmu setinggi langit
kalah ulamak

bila orang kata buat tu salah
orang2 bijak ni pandai keluarkan hujah.
yang salah itu jadi betul.


OPTIMISTIK!
yeah. itu orang yg tlebih bijak.
pandangan mereka berdimensi 3
bolak balikkan yang logik dengan fakta
semata nak nampak cerdik.

sampai tak nampak
manusia hina anjing
atau
manusia hina agama

oh by the way,

menganjing je keje
kan.









25 July 2013

kita yang tak sempurna.bukan mereka.

ajaklah orang lain jadi BAIK.
ajaklah orang lain jadi BAIK MACAM KITA.

beza. memang berbeza.
dua ayat tu tak akan pernah sama.

bila kita ajak orang supaya jadi baik macam kita.
itu memang tak kena.
cuba tanya diri.
kita cukup baik ke?
kita rasa kita dah cukup sempurna di mata orang lain?
kenapa nak suruh orang contohi kita?
siapa kita?
kita rasa kita lebih baik daripada orang lain.
itu namanya bangga diri.

ajaklah manusia jadi baik
dan bersamalah kita berjalan seiring mereka
tidakkah itu indah?
bersama sama menuju kebaikan

kita semua khalifah di muka bumi
kita semua adalah hamba Allah.
yang tak pernah sempurna.

aku nilai manusia dengan jiwa. bukan dengan mata.

06 July 2013

dunia penuh dusta

Maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi hendak kamu dustakan?

31 kali diulang dalam surah ar-Rahman.

"fabiayyi ala i rabbikuma tukadziban"

cuba baca.
itu sangat menakutkan.

manusia banyak berdusta. suka menyembunyikan kebenaran.
sedangkan kita sedar, kita tahu
apa sahaja nikmat yang kita dapat bukan sahaja hasil daripada titik peluh kita sendiri
tetapi dengan izin dan pertolongan daripada Allah SWT.

kadang-kadang kita tak berusaha bermatian pun kita dapat apa yang kita nak.
kita masih berjaya dalam hidup.

manusia yang suka menyebar tipu daya. hidup bahagia je tak pernah kantoi. hoho.

ada manusia yang tak pernah ingat Tuhan pun masih dapat untung berlipat kali ganda dalam pekerjaan.

ingkar perintah Allah pun masih dapat title best student.

tak ke pelik tu? tak buat pape, takdak usaha, siap buat jahat lagi, tapi dapat je apa kita nak

Biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan bersenang-senang dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka) (Al Hijr: 3).

tapi percayalah..
tak mungkin ada tercalit sedikit pun rasa lupa pada Tuhan dalam hati insan yang bernama manusia.

namun itulah hakikat manusia yang suka berdusta.
menafikan pemilik sebenar nikmat2 dunia.

nanti lihat sendiri.
bahagia itu tak lama.
jangan terlalu angkuh berjalan atas muka bumi

“Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (As-Syura: 30)

kadang-kadang tuhan sayang kita. Dia cuit dengan kesusahan.

buka mata.

lihatlah manusia...dunia ini terbentang luas
ilmu ada di mana mana
petunjuk di depan mata
kembali lah ke pangkal jalan

Tempuhlah jalan ini dan jangan ragu. hati-hatilah jangan sampai tertipu oleh dunia, betapa pun terasa lama menikmati dan hidup didunia ini, kita tetap akan pergi meninggalkannya.


alhamdulillahi rabbil 'alamin


istidraj- Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.

Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

05 July 2013

julai 2013


kehidupan adalah suatu perjalanan
perjalanan. jauh. far far away.

tak dak apa yang pernah selesai.
apa yang pergi
pasti ada yang datang mengganti

sesukar mana kaki melangkah
harus juga teruskan
lambat2 pun sampai juga

seperit mana kisah hidup
pasti ada manis dihujung cerita

semanis mana memori tercipta
nanti akan hilang juga.
menjadi kenangan

yang menyakitkan nurani.

datang dan pergi
silih berganti

apa pun yang jadi
berpuluh batu pun jauhnya perjalanan hidup
mati itu tetap mendekat.

 "Aku menyayangi sahabatku dgn segenap jiwaku. Sahabat yg baik adalah yg sering dgnku & menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati. Ku hulurkan tangan kepada sahabatku utk berkenalan krn aku akan berasa senang. Semakin ramai sahabat, aku semakin percaya diri. Aku selalu berharap mendapat sahabat sejati yg tak luntur dlm suka atau duka. Jika aku dapat, aku akan setia padanya"
-Imam Syafie-


___selamat maju jaya kawan-kawan___
terima kasih untuk kenangan yang tercipta


05 June 2013

gurisan luka

teguran tak sama dengan sindiran.
tak akan pernah sama.

sindiran menyakitkan hati.
teguran meskipun melukakan,
tetapi ia membina.

aku bukanlah manusia sempurna.
aku juga pernah melukakan hati.
mencabut rasa tenang
mengguris luka kecewa.

teguran itu perlu
sekalipun  sakit dilukai


"Sahabat yang baik adalah sahabat yang sentiasa mencari kebaikan kita,tapi sahabat yang LEBIH BAIK adalah sahabat yang menegur kesilapan dan kesalahan kita" ~Hukama ..

 untuk kita semua yang tak pernah sempurna


16 April 2013

H.U.J.A.N

tah la.
taktau nak kata apa.

hujan datang lagi.
bukan aku sedih sebab takdapat keluar toreh getah.

tapi.
matahari.
aku dah tak nampak matahari.

jangan kau pergi dari hidup ini.
kalau matahari takda,
bulan pun tak sanggup nak keluar
sampai bila bumi nak kelam.

aku mohon hujan
habiskan sisa2 rintikmu
aku nak matahari
lagi.



aku yakin, matahari pasti kembali

nanti rumput dah tumbuh
kucin tolonglah pulang.
teman aku lagi.


03 February 2013

mata hati jiwa



pedih ulu hati.
penat otak fikir.

berhadapan dengan pelbagai jenis ragam manusia memang menyakitkan.

manusia itu makhluk pelik.
sekalipun berilmu, tapi kadang kadang perlakuan macam orang tak berakal
ada yang kurang ilmu, tapi sentiasa berbuat baik

harus bagaimana lagi...

sikap manusia buat diri ini terduduk insaf.
terpaku bersujud pada yang Esa.
pohon dijauhkan sifat zalim dan keji
agar Dia tidak mungkar, agar manusia tidak membenci

"iyyaka na'budu wa iyyaka nasta'in"
"Ihdinas siratal mustaqim"

pandang dengan mata hati.
Allah jadikan manusia berbeza beza.
perbezaan yang sentiasa menunjukkan kita jalan
jalan untuk menujuNya




02 February 2013

aku dan mereka..ke jln Dia

orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat bagi orang lain,
amal yang paling dicintai Allah adalah mengembirakan hati seorang muslim, menghilangkan kesulitannya, melunaskan hutangnya, atau membuang rasa laparnya.
al-Tabrani

bahagia.
sungguh, perasaan bahagia datang menusuk jiwa bila terasa kehadiran diri ini di sisi mereka dihargai.
sungguh, perasaan bahagia datang bertandang di tangkai hati tatkala diri ini terasa sangat diperlukan mereka.

apa lagi yang kau mahukan melainkan melihat orang2 sekeliling tersenyum dengan kewujudan kamu dalam hidup mereka?

mengalu-alukan kedatangan kamu?

bukan mencebik, apatah lagi menjauh.

bahkan senang dengan segala apa yang kau beri,
apa saja yang kau lakukan untuk mereka.

dengan penuh keikhlasan.

semudah itu meraih cinta manusia..
dan Ilahi.

"disaat kita sukar untuk memberi.. kita lupa, apa yang kita ada adalah pemberianNya"

04 January 2013

+ve

slm tahun baru 2013. moga taun ni lagi akan lebih membawa banyak kebaikan daripada taun lepas

"Barang siapa yang hari ini lebih baik dari hari kemarin sungguh dia beruntung, barang siapa yang hari ini sama dengan kemarin, sungguh dia merugi, barang siapa hari ini lebih buruk dari kemarin sungguh dia celaka" 

okbye. 



lately ni banyak sangat kilat2 kesedaran datang menghempap pipi dan kepala. erkkk. hiperbola nye.
behaviour manusia sekeliling mengubah pandangan akal dan minda. manusia ada macam-macam karenah. ada baik ada buruk. kadang2 nmpak buruk. tapi sekali sekala je nampak. sebab baiknya manusia sekeliling aku lagi terserlah. faktor luaran..kot. eh tak.. be positive ye. dalaman pun.

sesungguhnya tercipta manusia adalah hasil daripada kesempurnaan kejadian tuhan yang tiada cela dan cacatnya. hakikatnya kejadian manusia itu maha sempurna. tapi manusia itu sendiri yang tidak sempurna. hati.

ustaz don kata,
Jangan hanya melihat keburukan orang, Kerana seburuk-buruk dia ada 1001 kebaikan yang kamu tidak pernah lihat.

itu yang ternampakan sejak akhir2 ini. 

aku nampak. setiap manusia itu..setiap orang punya perangai buruk. setiap orang punya keaiban sendiri. SATU je keburukan. utk setiap manusia. itu yang aku nampak. HANYA SATU. n the rest...... hanyalah kebaikan yang selalu kita tak nampak bila mana sedikit keburukan datang terpalit.

alangkah berdosanya.

kadang2 perangai manusia buat diri ini sakit. hati ini membengkak. tapi sebenarnya itu hanyalah moment sedetik kelipan mata. bukan manusia sekeliling yang menyakitkan. tetapi hati kecil ini yang sukar menerima hakikat. hakikat bahawa setiap manusia ada KEKURANGAN. sesuatu yang boleh kita bendung. dan terima dengan hati terbuka.

oleh itu, hargailah orang2 sekeliling. jangan hanya nampak keburukan mereka. tutup mata untuk 1 keburukan. carilah 1001 kelebihan dan kebaikan. mungkin diri sendiri punya keburukan yang kita tak sedar. Allah tutup keaiban kita. kita tutup keaiban orang. terima seadanya.

sekian.