02 June 2014

kembalilah..

kita hidup hari ni kerana ibu kerana bapa.

kadang-kadang bila kita tengok family orang lain pegi holiday sana sini, pegi makan hotel tu hotel ni, kita rasa besttttttttttttttttttttt sangat. meleleh air liur.

kenapa la family aku tak macam tu. kenapa la mak ayah aku orang susah. dari kecil tak pernah merasa hidup mewah.

kadang-kadang bila kita tengok family orang lain bahagia sangat. tak pernah gaduh. selalu buat kerja sama-sama. tak pernah ditinggal sorang2.

kenapa la family aku tak macam tu. kenapa la mak ayah aku selalu sibuk sana sini. dari kecil tak pernah rasa macam ada keluarga.

mak ayah juga yang salah.

padahal berpuluh tahun mak ayah besarkan kita.. berpuluh tahun kita dibela, dididik, diasuh, dibelai.
berjuta kali kita uji kesabaran mereka. mereka xpernah rasa mewah bahkan berpenat lelah pula mencari rezeki untuk suap mulut kita. pernah ke mereka tinggalkan kita?

tak pernah.

tapi bila dah besar, dah pandai fikir, kita rasa kita je yang betul.
bila dah besar kita bangkang tu kita bangkang ni. kita rasa mak ayah kita tak betul. kita rasa mak ayah tak faham kita.

padahal dari kecil kita dah hidup dengan mak ayah kita, dibesarkan dengan cara macam tu.


wahai anak-anak. kita punya satu mak. kita punya satu ayah. takda siapa punya banyak mak. takda siapa punya dua ayah. walau seburuk mana pun mereka.
daripada kita nampak buruk mereka, kenapa tidak kita sendiri yang ubah keburukan menjadi kebaikan?

tiada apa yang tinggal untuk mak ayah melainkan doa anak-anak mereka yang soleh.

Allahhummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhumma kama robbayani soghiro 
Ya Allah kau ampunilah dosa dosaku serta dosa kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku sedari kecil.

aamiiin





2014

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
SEGALA PUJI BAGI ALLAH, TUHAN YANG MENTADBIR SEKALIAN ALAM

syukur, masih diberi rahmat dan keberkatan merasai nikmat kurniaanNya.
malam ni Allah izinkan lagi otak ini berjalan menulis bait-bait fikiran.
tiada apa yang terjadi melainkan izinNya
tiada apa yang dengan mudahnya tertulis di sini melainkan dengan kehendakNya
jari ini hanya menyampaikan, sama sama mengingatkan, hanya dengan izinNya

sudah terlalu lama berdiam diri. mencari diri.

diri ini tidak sempurna.
maaf andai apa yang ditulis selama ini tidak dizahirkan oleh aku sendiri.
aku juga manusia biasa, aku juga manusia alpa. aku juga punya iman yang sentiasa turun naik.
aku hanya dikurniakan buah fikiran dari yang maha Esa untuk peringatan meraka..dan aku sendiri.

mohon maaf sekali lagi.
hanya Allah yang menguasai segalanya.
tiada daya dan upaya melainkan dengan izinNya.

Assalamualaikum.