17 December 2010

smoga Allah merahmatimu.

terima kasih cikgu.. I pray for your health and happiness, only God can repay your kindness. without you, i wont be able to be what i am today. thanks.. youre the most wonderful teacher in my life.

i love u..n always will be.




16 December 2010

never will i forget you

"im shinning in da dark when u tell me that u love meee....."

"klu awk ade lg kt stu..sy nk awk dgr lagu adamaya..dn tngok liriknya sekali..sbb itu yg sy tngh wt skrg...i need those who love me..make me strong..make me feel dat im being loved..alwaz b there 4 me..."

sahabatku...............ketahuilah bhwa diri ini sgt merinduimu! rindu serindu rindunya! I have loved you for a long time, never will i forget you. please come back...i need u..damn much!

12 December 2010

selamatkanlah saudaraku

hati ini cukup marah. geram. sedih! terluka..tiada kata mampu terluah. setelah sekian lama..

wahai wanita, kenapa begitu mudah..mudah sekali hatimu cair dengan kata-kata pujian seorang lelaki, baru sehari dua mengenali seorang lelaki, begitu mudah..begitu mudah!! di mana kau letak maruahmu. di mana segala kata-kata kesatmu mengeji, mencaci pasangan lain di kala melihat mereka berdua-duaan..bermesraan dihadapanmu. aku cukup marah! marah! bukan kerana sikapmu terhadap lelaki itu, tetapi sikapmu terhadap manusia dan dirimu sendiri. mengeji,menghina org lain...tapi diri sendiri??? layakkah kamu?? sedarlah wahai wanita, manusia tidak pernah sempurna. sekalipun kau layak berkata-kata, janganlah meludah pada langit, jatuh ke muka sendiri. sekalipun imanmu goyah, janganlah sesuka hati menilai, mengata sekalian manusia yang berbuat salah di matamu. boleh jadi orang yang kamu keji itu lebih baik daripada kamu!

aku sedih... sedih! berubahlah wahai manusia, jaga mulut, jaga hati, jaga iman. kerana dua dosa yang membawa wanita ke neraka jahanam adalah disebabkan dua lubang;iaitu kemaluan dan mulut yang berkata-kata. cukup sekali aku mohon...kerana aku adalah saudaramu.


“Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum masuk ke dalam hatinya; dan jangan sesekali kamu menguncing terhadap kaum Muslim dan jangan sesekali mencari-cari noda atau auratnya. Ini kerana barangsiapa yang mencari-cari noda kaum mukminin, maka Allah s.w.t akan membalas pula dengan membuka noda-nodanya. Dan barangsiapa yang diketahui kesalahannya oleh Allah, nescaya Allah s.w.t akan menodai kehormatannya dalam lingkungan rumahnya sendiri”.

nasihat lukman al-hakim:
ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISI nya ialah IMAN dan LAYAR nya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.



03 December 2010

pelangi selepas hujan

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.  

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan. Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan. Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. 

Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian. Pernahkah sekali kita memahami alam? Mengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan? Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang? Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.  

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam? Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang? Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa? Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu? Jawabnya senang. Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. 

Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.  

taken from; iluvislam.com

30 November 2010

tazkirah hari ini

"Pahitnya kehidupan, adalah seperti segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama.
 
Tapi kepahitan yang kita rasakan, akan bergantung dari bekas yang kita miliki. Kepahitan itu berdasarkan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua bergantung pada hati kita.
Jadi semasa kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu perkara yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu.

Perasaanmu adalah tempat itu. Jiwa kamu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah seperti periuk besaryang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi keenakan,kesegaran dan kebahagiaan. ”

"Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita."

26 November 2010

layar keinsafan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi

Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi


hidup ini penuh cabaran dan liku. terimalah segalanya dengan penuh redha dan ikhlas kerana segalanya sudah tersurat hikmahnya. Allahuakbar..subhanallah..segala puji bagiMu yaAllah kerana segala dugaan dan cabaran dariMu adalah satu anugerah..yang menjadikan siapa aku..hambaMu yang telah banyak melayari detik-detik keinsafan. Alhamdulillah..terima kasih yaAllah.

ku mohon hidayahMu..jauhilah aku dari maksiat, dari segala keburukan dunia dan kesesatan. pimpin aku ke jalan yang benar. berkatilah hidup hambaMu yaAllah.

13 November 2010

kau sahabat..kau teman

Jika kamu mnadah air biarlah berpada,
jgnlah berharap pd takungannya dan jgn berharap ia bgitu teguh
ckuplah skadar keperluanmu..apabila skali ia retak tentu sukar utk kamu menampalnya..
akhirnya ia dibuang, sedangkan apabila kamu membaikinya smula ia msih boleh dgunakan lg..
begitu juga kamu mnerima seseorg,trima lah dia seadanya..janganlah terlalu mengagumi dan anggap ia terlalu istimewa..anggaplah dia spt mnusia biasa..

12 November 2010

bila hati berbisik

ANDAI INI JALANMU YA ALLAH, JANGANLAH KAU HADIRKAN RASA RINDU INI DALAM HATIKU, KERANA IANYA SANGAT MENYAKITKAN.

sampaikan salam rindu pada yang mengerti apakah erti sebuah kasih sayang.. pendamkan rindu dan kenangan jauh ke dalam sudut hati. mengingati kenangan masa lalu adalah sesuatu yang menyakitkan sesudah semuanya berlalu dan tak mungkin akan kembali.

kerana hidup tak selamanya di situ...

11 November 2010

bila cinta







Bila cinta kini, Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini,Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkanManisnya janjimu
Yang ku sambut itu Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu Menusuk hatiku
Hinggaku memilih Cinta yang fana

Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

kusebut namamu disetiap doaku
bangkitkan setiap kenangan tentangmu
yangku dapat hanyalah bayangmu

16 October 2010

lukaku lukamu jua

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada.Dan, luka kerana kata – kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah...