08 June 2012

holahhhhhhh!!!

bila Tuhan tarik satu nikmat.. macam-macam perangai kita boleh tengok.

manusia ada pelbagai bentuk, juga banyak rupa. kadang-kadang manusia macam sesumpah. pegi sana betukar warna...datang sini berubah kaler.. itulah namanya kemandirian spesies. menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. pepatah kata, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. terlalu comfort bertukar kaler sampai kadang-kadang terkena sumpah.. tak kurang juga yg disumpah. err....

tak payah nak junjung langit sangatla kalau kaki tak pijak bumi. mentang-mentang dah pandai bertukar kaler.. jadi lupa pula pada yang takda bakat jadi sesumpah.


sesumpah sebenarnya lembab. slow nk mampus. bajet cun. bajet orang tak nampak dia buatpa.

buat sup pon sodap.....

postygtahpape.

sekian. wassalam.

blh juge baca ni kalau rajin.. natangsesumpah

10 May 2012

dia.takpercaya.mereka

aku buat kerja sampai malam sampai pagi aku tak tido seharian sebab aku komited dengan tanggungjawab aku. kau arah itu ini tapi kau tak pernah tengok kau tak pernah nak hargai malah kau campak hasil aku ke tepi. kau pandang rendah usaha aku. kau tak pernah anggap aku buat kerja yang terbaik. kau rasa kau je yang bagus. kau sorang. kau saja yang pandai. kau saja yang boleh impress cikgu kau. hotak kau.

padahal kerja kau hampeh! puiiiii

aku dah penat layan manusia perasan bagus.

kau tak tahu hidup ni bukan ada kau sorang.

kau ada manusia lain. kau ada tuhan yang sentiasa tengok kau.

kau dekan ujian dunia tapi..

hablumminannas... 

kau failed!

hablumminallah...

aku taknak ambik tahu.


'Sesungguhnya kamu semua tidak dapat mempergauli para manusia itu hanya dengan hartamu saja, maka pergaulilah mereka itu dengan wajah yang berseri2 serta baiknya budi pekerti' - Muhammad S.A.W.

05 April 2012

bahagia

siapa taknak bahagia. siapa taknak hidup takda masalah. bahagia sampai boleh senyum hari-hari. orang buat hal pun kita tak sakit hati. proposal kena reject pun boleh sengih2. tenang je jiwa. tak payah fikir masalah. ketawa kuat-kuat. takda efek pun dengan masalah sekeliling. indahnya hidup! nak tdo pun senang. takperlu dah belaian2 external pengulit mimpi. ahaks!

logik ke. orang gila je kot rasa gtu. lallala~

tak payah nak tunggu gila. kebahagiaan tu tak mustahil untuk dicapai untuk orang2 yang merasa manisnya iman.

bila datangnya dugaan. percaya pada Dia. tanpa ragu. yakin dengan janji2 Allah,

hidup ini cukup mudah. sebenarnya. selagi mana kita yakin dengan setiap perancangan Yang Maha Bijaksana, kita akan berlapang dada menerima segala pahit pedih yang ditakdirkan untuk kita. anggap itu satu tarbiyyah..untuk kita lebih mengenal dan mendekati Tuhan.

dalam hidup kita, tiap kali ada masalah dengan sesapa pun, at last kita akan fikir apa yang kita dah buat. kita akan terus fikir tentang mereka. hinggalah 1 masa kita sedar, setiap masalah yang hadir buat kita berfikir, buat kita tahu siapa kita. bila kita mula rasa kita salah, kita jumpa mereka, kita minta maaf. kita..kita... penat aih.

sebenarnya nak cakap, macam tu jugakla bila kita dengan tuhan. bila kita rasa terbeban dengan masalah, kita selalu tanya tuhan kenapa kita. kenapa kita yang kena tanggung smua ni. kita mintak pada Dia supaya hilangkan resah, hadirkan ketenangan. disitu lah kita sedar siapa kita disisi Dia,, hamba lemah yang selalu meminta. baru kita kenal diri kan?

bila Dia tengok kita dah jauh sangat daripada Dia, Dia nk pimpin kita balik. sebab Dia syg kita. Dia taknak kita sesat. Dia taknak kita lupa Dia. sebab tu tuhan turunkan ujian. sebab tu kita kena bersyukur. sebab Dia tak tinggal kita. sebab...sebab... ok.redundant. ;p

orang yang kuat iman yakni keyakinan dan percaya pada Allah akan selalu terima dugaan dengan hati yang terbuka.sebab dia tahu, apa yang dia hilang tersangatlah kecil harganya nak dibandingkan dengan apa yang Allah bakal beri nanti. dia yakin, dia dapat harungi semua pengorbanan tu,, kan Allah dah janji,

“..Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” (albaqarah: 286)

kadang-kadang kita rasa kita dah cukup berhak dapat sesuatu tapi banyak pula halangan yang menimpa. hakikatnya tak semua yang kita nak tu baik untuk kita. Tuhan tahu apa yang terbaik. berserahlah. berkorban. berimanlah kamu, 


“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (albaqarah: 216) 


so. nak bahagia ke tak? tepuk mana-mana anggota badan, tanya iman. dah cukup berimankah kamu untuk menjadi seorang yang bahagia.

 “sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman..” (al mukminun: 1)

bahagia tu ada harga. ingat. jangan duk gelak sangatla. banyak ketawa mematikan hati. ;p

17 March 2012

mati itu pasti

Don't think i can sleep for days..
it's haunting me terribly! i keep imagining what will happen if... if....
huhu. dat was the worst thing i ever experienced!!!

maapkan shaye.
sy jnji. tak buat lagi.

tapi sy takut. takut jadi pape kat awak.
kaki awak..

tadi saya fikir awak je.
tak kisah saya macam mana.
saya risau. awak sakit.
sebab saya.

tapi saya lagi takut
takut dengan hakikat.
hakikat hidup yang tak pernah mungkir

 “Setiap yang bernyawa pasti akan mati.” (al-Anbia’: 34)

kerana mati.
itu pasti.
Alhamdulillah.. itu adalah hidayah. petunjuk yg benar2 menginsafkan diri. 
Maafkan segala kekhilafanku..andai esok masih ada untukku..insyaAllah bertemu lagi..andai esok penamat riwayatku..iringi pemergianku dengan seribu doa agar dipermudahkan segala ketetapanNya...Kehidupan ini sedang kita lalui & kematian itu sedang kita nantikan...andai sampai waktu..tidak dilambatkan walau sesaat & tiap2 yang bernyawa pasti merasai mati...Semoga anda semua dirahmati ALLAH.

01 March 2012

selamat hari ibu


hari ibu bila tah. lupa. tengah-tengah panas mentari tengah hari tetiba teringat ibu. sudah lama ingin ditulis tapi masa tak memberi ruang dan kesempatan.

hari tu kulihat ibu melayan karenah cucu. cucu kesayangan. ku lihat hiba. sangat sabar melayan anak-anak setahun jagung yang hanya pandai merengek. memekik. memekakkan telinga. dulu jaga anak sendiri. sekarang jaga cucu. sampai bila. sampai ajal menjemput.

anak-anak tak pernah mengerti kesusahan dan kesulitan ibu. bila dah meningkat usia. anak-anak masih tidak mengerti. tidak pernah pandai membalas jasa ibu yang setimpal. sekalipun memberi ruang untuk ibu bersara daripada menjadi 'pengasuh' setelah berdekad memikul tanggungjawab mendidik anak.

bukan itu ceritanya. kita sambung..

kulihat ibu. cuba mengajar cucu menulis. cucu yang langsung masih tak mengerti apa-apa. kulihat lagi. ibu cuba menulis di kertas. cuba memegang pensel. dia lukis.. bulatan. bulat-bulat. kunampak sedih. hanya itu yang mampu dia tulis. kulihat hiba. Ya Allah. ingin sekali aku memeluk ibu..saat itu.

sungguh besar pengorbanan ibu. mendidik anak-anak. memberi ilmu. walau betapa sulit kehidupan. walau betapa susah menjalani hidup. asalkan anak-anak berjaya. boleh membaca, menjadi manusia berilmu..berguna. meskipun ibu tidak pernah tahu membaca, menulis!!

terima kasih ibu. walau perkataan sayang tak pernah terucap di bibirmu, ku tahu jauh disudut hati ibu sangat menyayangi anaknya. keheningan mata ibu menggambarkan segalanya. terima kasih. semoga Allah sentiasa merahmati ibu, kurniakan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah ruah sepanjang hayat.

ma. kusayang kamu.

give n take

xda ayat...maw tulis apa. wawawa.

ok, seriuouoous. nk cakap pasal give and take. kenapa ramai orang tak sedar yang dia jarang sesangatttt memberi..melainkan tiap-tiap hari dia hanya pandai meMINTA dan TERIMA je? kenapakah? kedekut ke...

bagi mereka yang selalu memberi pulak,
lama kelamaan mereka akan rasa muak..bosan. walaupun pada awalnya niat dia ikhlas nk menolong. sebab tiada apa yang dia dapat dengan menolong orang2 yang suka meminta je. tapi langsung takmau membalas kebaikan mereka walau sedikit pun. dengan kata lain rasa tak dihargai. kadang-kadang perasaan terasa dipergunakan pun bermain dalam kepala. 

"Lagi cepat kita sakit hati dan marah terutama org yg kita buat baik, suatu indikator kurang keikhlasan dan redha Allah yg kita cari. Bila Allah saja yg kita tuju dan cari, apa makhluk lain buat jadi kecil. Utk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati. Jika banyak dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauh nya kita dari Allah dan ketenangan jiwa" - Prof. Dr. Muhaya

pulak..kn. renung-renungkan.

so.. untuk mengelakkan keikhlasan kita tercalar, daripada kita asyik fikir dan mengungkit pertolongan kita, lebih baik jauhkan diri daripada golongan ini. sedikit sebanyak blh mengajar dia berdikari.. mungkin. ;p

Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama kita. Jika kita tak pandai untuk menghargai mereka, sudah tentu mereka pergi meninggalkan kita. Berbuat baiklah kepada mereka mengikut kemampuan diri kita. balaslah kebaikan mereka walau sedikit pun. belajar memberi. tunjukkan sedikit penghargaan buat mereka. kerana mereka juga punya hati dan rasa.
 "Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita."
maafla. kalau tak suka..sy menjauh. menjauh maknaya saya terima kelemahan kamu. tapi saya dh tak mampu nak makan hati bila ada dengan kamu. saya tak boleh simpan biawak hidup.

22 December 2011

aku tak bodoh.

aku bosan.banyak orang aku jumpa.
tapi orang ini buat aku lemah. tak berdaya.
orang pandai. tapi tak bijak.

lagak kamu mcm cendekiawan
tapi sebenarnya kamu cendawan.
cendawan racun yang tak ada harga.
menyakitkan mata. menyakitkan hati.
cendawan itu.
kamu.

aku tahu. kamu tahu.
kamu tahu siapa kamu
kamu bodoh? kamu bijak?
hanya kamu yang mengerti.siapa kamu.
hanya di situ. di situ saja. hakikatnya.

kamu tunjuk cerdik
tapi nmpak lagi bodoh
itu. pandangan manusia untuk kamu.
jelik.

berhenti lagak cerdik
berhenti tunjuk pandai
sebab kamu tak pernah cerdik.
memang. selalu begitu.

"....Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid)
biarlah orang nampak kita tak pandai daripada orang nampak kebodohan kita nak tunjuk pandai- ezielaily

14 December 2011

insane

jari menulis. otak kacau. apakah gerangan semua ini.
di keheningan malam yang sunyi sepi. ku terjaga.
tiba tiba hati jadi hiba.
jiwa rasa tak best.
perasaan yang tidak enak untuk dirasa.
apakah semua ini.
adakah deria keenam cuba menduga.
memberitakan.
sesuatu.

Allahuma inni audzubika minal hami wal hazan..

salah.
mungkin hati salah mentafsir jiwa.
mungkin kali ini akal yang betul.
ya. hati yang salah. salah mentafsir. jiwa.
MUNGKIN.

jum sambung mimpi.
moga esok terjaga lagi.

Dengan nama Mu ya Allah aku hidup dan aku mati.

02 December 2011

GOAT is KAMBIN



tiap kali aku peluk dia, hati aku selalu cakap..
kamu tahu tak, btapa banyak nya rasa sayang aku untuk kamu, smoga Allah pelihara kamu.

tiap kali aku peluk atau cium dia..
itulah detik yang paling ikhlas pernah aku buat dalam hidup

AKU SAYANG DIA

18 October 2011

keep moving


move..move!!!!

bila dah tak suka duk situ.. pergilah... just move. gerak..gerak!!!
keep on moving.

jangan stay kat situ. jangan ikut orang. hidup harus berubah. jadi diri sendiri. jangan segan2. jangan fikir orang lain. orang lain tak akan fikir masalah kita. hidup kita milik kita. hidup dia milik dia.

pedulikan orang lain. tinggalkan halangan itu. dia bukan kamu.

gerak lah. cari sesuatu yang baru untuk hidup kamu. berubah2! hidup hanya sekali. jangan takut. beranikan diri.buat yang terbaikkkk!

Inna ma’al ‘usri yusra ----Sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan

if u do not change, u will become extinct.

enjoy change! savor the adventure.. and enjoy the taste of new world!! 

kadang2 kita kena fikir untuk diri kita.. hidup kita bukan untuk orang lain. carilah kawan yang boleh membina. menjauh xbmakna lupa kawan. cuma mencari diri.. mencabar diri. utk lebih maju ke hadapan. keberanian.. sgt perlu. asmkm.