30 November 2010

tazkirah hari ini

"Pahitnya kehidupan, adalah seperti segenggam garam, tak lebih dan tak kurang. Jumlah dan rasa pahit itu adalah sama, dan memang akan tetap sama.
 
Tapi kepahitan yang kita rasakan, akan bergantung dari bekas yang kita miliki. Kepahitan itu berdasarkan dari perasaan tempat kita meletakkan segalanya. Itu semua bergantung pada hati kita.
Jadi semasa kamu merasakan kepahitan dan kegagalan dalam hidup, hanya ada satu perkara yang boleh kamu lakukan. Lapangkanlah dadamu menerima semuanya. Luaskanlah hatimu untuk menampung setiap kepahitan itu.

Perasaanmu adalah tempat itu. Jiwa kamu, adalah tempat kamu menampung segalanya. Jadi, jangan jadikan hatimu itu seperti gelas, buatlah seperti periuk besaryang mampu meredam setiap kepahitan itu dan merubahnya menjadi keenakan,kesegaran dan kebahagiaan. ”

"Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.
Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.

Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita."

26 November 2010

layar keinsafan

Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan

Biar Kau menjadi saksi

Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi


hidup ini penuh cabaran dan liku. terimalah segalanya dengan penuh redha dan ikhlas kerana segalanya sudah tersurat hikmahnya. Allahuakbar..subhanallah..segala puji bagiMu yaAllah kerana segala dugaan dan cabaran dariMu adalah satu anugerah..yang menjadikan siapa aku..hambaMu yang telah banyak melayari detik-detik keinsafan. Alhamdulillah..terima kasih yaAllah.

ku mohon hidayahMu..jauhilah aku dari maksiat, dari segala keburukan dunia dan kesesatan. pimpin aku ke jalan yang benar. berkatilah hidup hambaMu yaAllah.

13 November 2010

kau sahabat..kau teman

Jika kamu mnadah air biarlah berpada,
jgnlah berharap pd takungannya dan jgn berharap ia bgitu teguh
ckuplah skadar keperluanmu..apabila skali ia retak tentu sukar utk kamu menampalnya..
akhirnya ia dibuang, sedangkan apabila kamu membaikinya smula ia msih boleh dgunakan lg..
begitu juga kamu mnerima seseorg,trima lah dia seadanya..janganlah terlalu mengagumi dan anggap ia terlalu istimewa..anggaplah dia spt mnusia biasa..

12 November 2010

bila hati berbisik

ANDAI INI JALANMU YA ALLAH, JANGANLAH KAU HADIRKAN RASA RINDU INI DALAM HATIKU, KERANA IANYA SANGAT MENYAKITKAN.

sampaikan salam rindu pada yang mengerti apakah erti sebuah kasih sayang.. pendamkan rindu dan kenangan jauh ke dalam sudut hati. mengingati kenangan masa lalu adalah sesuatu yang menyakitkan sesudah semuanya berlalu dan tak mungkin akan kembali.

kerana hidup tak selamanya di situ...

11 November 2010

bila cinta







Bila cinta kini, Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini,Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkanManisnya janjimu
Yang ku sambut itu Dengan segenap hatiku
Hingga engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu Menusuk hatiku
Hinggaku memilih Cinta yang fana

Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

kusebut namamu disetiap doaku
bangkitkan setiap kenangan tentangmu
yangku dapat hanyalah bayangmu

16 October 2010

lukaku lukamu jua

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada.Dan, luka kerana kata – kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah...

14 October 2010

selamat tinggal

Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia subur di hati kami.Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.
PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu penuh keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.

12 October 2010

kenapa hidup harus begini

Renungi dan redhalah terhadap ketentuan Allah SWT. Pasti tersingkap hikmah yang tersembunyi di sebalik setiap ujian-Nya. Bersabarlah duhai hati. Moga kita menjadi hamba yang redha dan diredhai-Nya.
kadang2 hidup xadil. terlalu cepat menghukum. sedikitpun tidak diberi peluang walapun hanya sekali. berilah ruang untuk menebus kesalahan-kesalahan yang telah terjadi. agar sesuatu akn jd lebih bermakna. kenapa harus begini.. kehilangan mmg sesuatu yg memeritkan. kepahitan itu selalu datang tatkala hati berbunga kebahagiaan. kenapa begitu mahal peluang utk berubah. kenapa begitu susah memperbaiki kesilapan lalu. kenapa harus menghukum walaupun tanpa sengaja melakukan slh. aku manusia..hamba yg xpernah sempurna. masih mencari-cari apakah hidup ini. berilah aku peluang....... utk mengenali dan menikmati hidup selagi hayat masih ada.

10 October 2010

inilah hidup...

what goes around comes around. hidup xubah mcm roda. yg diatas x selalu akn berada di atas. yg dibawah akan ke atas juga satu masa nanti. kebahagiaan yg baru seminit tercipta, tiba tiba hncur berkecai seolah olah tiada satu pun keindahan, memori yg pernah terukir. begitu senang meruntuhkan sesuatu yg mengambil masa yg lama untuk terbina. begitu mudah terlerai, setelah begitu lama masa diambil untuk terikat. betapa kejamnya manusia memusnahkan sesuatu yg skian lama terjalin, disebabkan kesilapan sekecil kuman, kesalahan yg xakan pernah difahami oleh masa-masa terindah yg pernah berlalu. betapa mahalnya harga sebuah kemaafan. betapa murahnya nilai sebuah perhubungan. kadang-kadang terasa tidak adil.

adakah itu namanya tkdir.. bilamana manusia sudah tidak mampu mengubah keadaan, bilamana manusia sudah kalah mempertahankan hakikat sebenar. Allahuakbar... hanya Allah yg maha mengetahui. sudah pasti terselit hikmah-hikmah di sebalik kesusahan itu. itu janji Allah. bersabarlah menempuh perpisahan, penderitaan. kerana ada sinar yang menanti di penghujung.

berilah aku kesabaran yaAllah...dlm menempuh dugaan ini. walaupun seketika.. itulah jln terbaik daripadaMu. aku redha. Kau rahmatilah dirinya, kau bahagiakanlah dirinya sepertimana aku pernah berasa bahagia sepanjang masa dia disisiku.

terima kasih wahai insan yang pernah menemani hari-hariku.. persahabatan ini xkn pernah berakhir meski terpisah disini. aku gembira mengenalimu..meniti hari-hari terindah bersama-sama, berkongsi ttg hidup, suka-duka tawa. berkongsi rasa, kasih sayang yg xpernah terhitung banyaknya. insyaAllah akn kekal hingga hujung nyawa. walaupun seketika, cukup bermakna mengenali seorg insan yg telah byk mengajarku erti hidup. walaupun dia tidak pernah tahu. biarlah mnjadi rahsia hidup..rahsia Tuhan. maaf atas segala perbuatan yg telah mencetuskan segala-galanya...yg tlh mncetuskan perpisahan yg xpernah terjangka. semoga Allah memberkati perjalanan hidupnya. amin...

30 September 2010

sabar...separuh dpd iman

"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan.. Jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan" - Imam Shafie