09 July 2010

Kisah suka duka seorang aku

Berat rasa hati ni nak balik ganu. Em..mungkin kedengaran agak kelakar di situ. Ganu je pon, berat hati mengalahkan orang stdy kt oversea. Tapi mereka2 tak tahu, takkan pernah faham kenapa dan mengapa. Em ikuti kisah selanjutnya…….

3bulan cuti sem. Menjalani hari-hari yg penuh liku. Pelbagai peristiwa tercipta. Byk pengalaman terukir. Begitu cepat masa berlalu meninggalkan semua kenangan yang terbina. really hard to say, macam mana aku boleh berjaya sampai ke tahap ni, hari ni, jumaat. Syukur Alhamdulillah. Mcm2 suka duka tlh aku tempuhi . Terlalu banyak cerita hidup terlakar meniti perasaan yg tak pernah dirasai. Things yg xpernah dialami dalam hidup hinggalah benda paling buruk happens dlm sejarah hidup seorang aku. Dalam masa yg sangat singkat terpancar pelbagai jenis karenah manusia, segala macam masalah, bermacam rasa suka dan duka. Hanya kesabaran menemani semuanya. Baru sekarang aku sedar, semakin aku dewasa, semakin aku pandai menilai baik buruk, masih byk lagi dugaan dan masalah yang bakal aku tempuhi. Ya Allah, aku sedar setiap manusia tidak sama..jauhilah aku dari segala ketidaksempurnaan manusia. Rahmatilah aku ya Allah, berilah aku petunjuk untuk menjadi seorang hamba yang terbaik, lurus melalui jalanMu ya Allah.

Firman Allah SWT bermaksud: “Dan janganlah kamu berasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Surah al-Imran, ayat 139)