12 December 2010

selamatkanlah saudaraku

hati ini cukup marah. geram. sedih! terluka..tiada kata mampu terluah. setelah sekian lama..

wahai wanita, kenapa begitu mudah..mudah sekali hatimu cair dengan kata-kata pujian seorang lelaki, baru sehari dua mengenali seorang lelaki, begitu mudah..begitu mudah!! di mana kau letak maruahmu. di mana segala kata-kata kesatmu mengeji, mencaci pasangan lain di kala melihat mereka berdua-duaan..bermesraan dihadapanmu. aku cukup marah! marah! bukan kerana sikapmu terhadap lelaki itu, tetapi sikapmu terhadap manusia dan dirimu sendiri. mengeji,menghina org lain...tapi diri sendiri??? layakkah kamu?? sedarlah wahai wanita, manusia tidak pernah sempurna. sekalipun kau layak berkata-kata, janganlah meludah pada langit, jatuh ke muka sendiri. sekalipun imanmu goyah, janganlah sesuka hati menilai, mengata sekalian manusia yang berbuat salah di matamu. boleh jadi orang yang kamu keji itu lebih baik daripada kamu!

aku sedih... sedih! berubahlah wahai manusia, jaga mulut, jaga hati, jaga iman. kerana dua dosa yang membawa wanita ke neraka jahanam adalah disebabkan dua lubang;iaitu kemaluan dan mulut yang berkata-kata. cukup sekali aku mohon...kerana aku adalah saudaramu.


“Wahai orang-orang yang beriman dengan lidahnya, tetapi iman itu belum masuk ke dalam hatinya; dan jangan sesekali kamu menguncing terhadap kaum Muslim dan jangan sesekali mencari-cari noda atau auratnya. Ini kerana barangsiapa yang mencari-cari noda kaum mukminin, maka Allah s.w.t akan membalas pula dengan membuka noda-nodanya. Dan barangsiapa yang diketahui kesalahannya oleh Allah, nescaya Allah s.w.t akan menodai kehormatannya dalam lingkungan rumahnya sendiri”.

nasihat lukman al-hakim:
ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yg dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISI nya ialah IMAN dan LAYAR nya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH. Orang - orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.