06 April 2011

Saat rindu bertasbih..

Bergelora perasaan rindu.. sebak. menusuk hati.
Perasaan yang sentiasa bermain-main, terngiang-ngiang di lubuk hati.
Anehnya manusia seringkali berperasaan rindu setelah melalui fasa-fasa kehilangan dalam hidup.
Setelah sedar akan kealpaan menghargai setiap waktu, setiap peluang, setiap sesuatu di depan mata.
Sungguh. Penyesalan yang tidak pernah berkesudahan.
Namun semuanya sudah terlambat.

Rasa rindu menjengah lagi..
Meniti hari-hari yang penuh dugaan dan cabaran.
Di kala hati terasa kosong, jiwa terasa sangat memerlukan.
Hari-hari terasa sunyi. Kerinduan itu sangat menyakitkan.
Membuah rasa..menggamit kenangan lalu.
Kadang- kadang perasaan rindu buat manusia tidak lupa asal-usul.

Rasa rindu semakin menebal..
Tatkala masa terasa sangat panjang.
Menanti hadirnya kembali memori lalu.
Namun hakikat tak akan pernah berubah. Kerana manusia tak akan selamanya berada di situ.
Yang tinggal hanyalah kenangan. Kenangan lalu yang hanya sekadar mampu dikenang.
Ditangisi.. tiada gunanya lagi. Semuanya sudah berlalu.

Di saat rindu bertasbih..
Menitis air mata. Mengenang dosa-dosa lalu.
Menangisi ombak jiwa yang tidak pernah berkesudahan.
Menangisi hati yang selalu alpa dengan tipu daya dunia. Yang melalaikan jiwa.
Saat rindu bertasbih lagi, susurilah jalanNya.. Kita masih ada Dia.

2 comments:

  1. rindu pun anugerah.bila rindu maknenye Allah ingat kite=)

    ReplyDelete
  2. yep.. rindu tu pn slh satu dugaan. dugaan itu adalah penyelamat manusia. dugaan tu kasih sayang Allah.untuk guide manusia ke jln yg benar agar selalu tak lupa padaNya

    ReplyDelete