20 December 2010

teori konspirasi

sekian lama mencari-cari perkataan sebenar..disebalik cerita2 karut berkaitan Yahudi, Zionis dsb. credit to iluvislam.com. TEORI KONSPIRASI!

yess.. itulah perkataannya. Teori konspirasi adalah kepercayaan atau tuduhan bahawa sekumpulan individu berpakat melakukan sesuatu secara jahat.

semenjak dua menjak ni umat2 islam seluruh dunia (khususnya penduduk Malaysia) heboh duk bincang2 sal isu propaganda Yahudi, Freemason la apela. kdg2 xfaham, bnda2 yg xda kaitan pun boleh pula dikaitkan dgn propaganda Yahudi. 

daripada reka bentuk bangunan mega, KLCC yg heboh diperkatakan ada unsur Freemason,iluminati.. sampai struktur Kaabah pn terkena tempiasnya. iPhone 4G? sekarang pula kacau dengan nama Upin&Ipin. xpasal pasal.... colgate? yahudi.. TV? salah Yahudi. rokok? pon salah Yahudi. LAGI-LAGI PROPAGANDA YAHUDI. HABIS, KITA? SIAPA?? kita xda salah? apa nk jadi dengan dunia sekarang. padahal satu bukti sahih pun tidak dpt membuktikan kebenaran semua ni. akibat daripada terlalu banyak berfikir, terlalu banyak masa mencari yang tak patut dicari. semua tu karut.




kesian upin dan ipin




tiada yang sempurna di dalam dunia ini kecuali ciptaan Allah SWT. salah silap ada di mana-mana. apatah lagi kalau diteliti, mencari kecacatan satu persatu. mungkin itu semua hanyalah satu kebetulan, jangan cepat melatah. kita ada akal untuk berfikir. masih banyak lagi yang perlu difikirkan selain daripada benda2 xmasuk akal yang boleh dikatakan bodoh. betapa tandusnya pemikiran masyarakat hari ini. ketaksuban yang membawa kerugian kepada sesiapa sahaja, malah seluruh umat akan turut merasa tempiasnya.

"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." - Surah al-Hujurat: Ayat 6
bangunlah wahai saudara-saudaraku. masih banyak lagi yang perlu difikirkan. masalah umat, masalah agama masih lagi terumbang ambing. janganla bising pasal benda2 remeh temeh. tengokla, renungkan bagaimana kehidupan kita sekarang, adakah kita lebih maju daripada mereka? jangan terlalu paranoid. entah2 orang Yahudi pn xpernah terfikir pasal kita. tapi kita yang bersungguh-sungguh fikir pasal dia. tak guna pn,buang masa. jangan terlalu taksub, terikut- ikut dengan konspirasi bodoh. teori konspirasi ini menggoyahkan masyarakat dan memomokkan pemikiran kita. bangkitla..jangan cepat menuding jari mencari keburukan. telanla realiti walaupun pahit. kita masih jauh ketinggalan. adakah kita wajar melebihkan,mengutamakan sesuatu yang tak penting daripada berusaha melakukan sesuatu yang lebih bermanfaat? renung-renungkan.


"Wahai orang-orang Yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang-orang Yang berkuasa) daripada kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (kitab) Allah (al-Quran) dan (as-Sunnah) Rasul-Nya; jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." - Surah An-Nisa': Ayat 59