22 August 2012

dunia..jadi saksi

Salam Syawal 1433H.
Smoga hari kemenangan dirai dengan penuh kesyukuran.

Hidup di dunia hanyalah satu persinggahan. Nikmatilah selagi mampu.

Kadang2 terlintas dibenak fikiran. Apakah manusia harus hidup, dipaksa menjalani kehidupan yang tak pernah mereka pinta? Apakah manusia itu harus, meneruskan hidup meski hari2 nya penuh kepahitan yg menanti.

banyak orang sekadar menjalani hidup, meniti arus kehidupan, pasrah, menyesuaikan diri dengan keadaan semasa, ada juga yang berani melawan arus, gigih meneruskan kehidupan.

ada juga yang mengikut sahaja arus yang mengalir..bila arus deras mengalir, manusia ikut berkejar kejaran memintas arus. apakah manusia itu harus sama? harus belajar smpai universiti, kemudian bekerja, kahwin, beranak pinak dan terus hidup sampai ajal menjemput? adakah setakat itu sahaja tujuan manusia diciptakan?

Apakah makna, apakah pengisian di sebalik apa yang telah dilalui? kosong. sekadar menjalani ujian-ujian hidup. sekadar mengisi sisa-sisa umur yang masih berbaki.
“Tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku”. -al_Drariat [51]: ayat 56

tugas utama manusia, sepanjang hidup adalah untuk beribadat kepada Allah. itu tujuan utama manusia diciptakan. namun, melakukan ibadah itu sendiri bukan merupakan tujuan hidup, tetapi tugas seorang hamba yang harus dilaksanakan sepanjang hidup.

agar manusia tahu, manusia sedar, kedudukan mereka di dunia ini hanyalah sebagai seorang hamba  Allah yang harus tunduk,patuh dan pasrah kepadaNya. dan juga seorang khalifah yang diamanahkan oleh Allah untuk hidup memakmurkan bumi sesuai dengan tuntutan agama.

kehidupan ini bukan hanya di dunia sahaja, tapi ada akhirat yang jauh lagi penting untuk digapai. sebagai seorang muslim kita harus punya matlamat. iaitu matlamat untuk meraih syurga yang abadi.

kita diberi kesempatan hidup di dunia hanya sekali. jadilah manusia yang berjaya sebagai seorang islam, apa-apa yang dikerjakan haruslah memberi manfaat kepada orang lain bukan hanya pada diri sendiri. beramal dengan segala ilmu yang ada. kutip segala hikmah daripada ujian dan bala yang menimpa. semoga matlamat membawa kepada niat semata meraih redhaNya.

 “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”

fitrah manusia, tak ingin hidup menderita.
namun, berbahagialah orang-orang yang disapa Allah dengan ujian dan kesusahan. kerana di situ terselit cahaya dan kasih sayang Allah kepada hambaNya.


harus diingat, mencari ilmu, kerja, kahwin, zuriat itu juga termasuk dalam skop ibadah. namun jika tidak diselarikan dengan niat kerana Allah pun tiada gunanya. kosong. sia sia.



17 August 2012

keikhlasan yang menipu.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan pada Allah untuk segala nikmat rezeki dan kebahagiaan yang berpanjangan seumur hidup. Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah.

Ucapan tahniah kepada yang masih menikmati hari-hari terindah dalam hidup, yang sedang meniti puncak kejayaan. yang telah mendahului kemajuan hidup. yang kaya, yang berharta, yang berilmu.

Namun sesungguhnya segala nikmat itu hanyalah pinjaman Tuhan.

MAnusia itu tidak sempurna. Tetapi sifat manusia itu sendiri sukar menerima ketidaksempurnaan. ditambah dengan nikmat yang dikecapi tidak terhitung banyaknya. Hingga lupa fitrah kejadian diri. lupa pada Sang Pemberi. terasakan semua yang dikecapi adalh hasil titik peluh sendiri.

memang benar. tuhan tak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. itu tepat sekali. tetapi kamu lupa, itu semua terjadi dengan izinNya, dengan pertolonganNya. maka kamu lupa. sebab itu kamu bongkak. errr

hidup ini untuk dikongsi. bukan untuk membangga diri.
bila dah senang manusia rasa dia dah cukup berjaya. nak berkongsi pun susah, kalau ada pun, kerjanya nak perli orang ja. bukan dia tak pernah rasa dulu sebelum dia berjaya. dia pun pernah susah. pasti dia faham. tapi dia dah lupa. sebab dia dah senang. buat apa nak ingat lagi. orang berjaya kan selalu kena pandang hadapan. sebab tu dia berjaya. yela towwww.

bila dah senang. bercakap pun kena gaya orang senang. sape duk bawah, kena perli2..kena hina2 sikit. baru mereka sedar dan bangun untuk berjaya. sumpah, sape duk bawah tu kecik ati bila dengar.

tapi kadang-kadang mereka ini nak orang lain cuba contohi supaya berjaya macam mereka. bagus la tu. tapi cara mereka salah. dia kongsi kejayaan dia je, duk cerita kebolehan dia. bukan nak kongsi macam mana dia berjaya.. bukan nak tolong nasihat baik2. keja duk perli orang ja. hinggakan orang yang dengar ni naik menyampah.

orang yang berjaya, bila mereka pandai cakap, pandai ambik hati orang, baru orang akan hormat. kalau kamu orang yang berjaya, kamu rasa kamu dah cukup ikhlas tolong orang, tapi orang tak hormat kamu. pelik,kn? mesti ada benda tak kena dengan kamu.

sebab apa..sebab kita tak nak terima pandangan orang lain. kita rasa apa yang kita buat semua betul. in fact, kita tak boleh nak judge diri sendiri sebab kita hidup dengan orang lain. orang lain ja yang boleh nampak kita macam mana. boleh nampak perubahan kita. so, dengar la bila orang lain kritik pasal kita, terima kekurangan diri. jangan ego. kita tak hidup sendiri.

buat yang lalai. cuba audit diri. kenapa orang ignore kita. padahal kita nak buat benda baik. rasa dah cukup ikhlas tp orang masih tak dengar cakap kita. satu jari kita point kt orang, 4 jari point kt diri sendiri. jangan rasa diri terlalu sempurna. kita punca pada masalah kita sendiri.

bila dah berjaya, kita takda hak nak hina orang gagal. siapa tahu sekarang kita senang..nanti bila yang dihina itu dah berjaya, turn kita pula ditimpa bala. berpesanlah dengan kebenaran. berkata yang baik-baik. bukan cakap perli2. wallahuaklam.