18 December 2012

to love.to be loved.mencintai.dicintai.cacacaca

Entry muak untuk pencinta kucin.

Takdak sapa taw camna cinta bermula. Cmna cinta berjalan. Cmna cinta berakhir
Ia muncul, tumbuh subur.. Tp kemudian, hilang.
tetiba.  Tah bagaimana. Senang gitu je kn?

Kadang kadang situasi begitu yang buat manusia hilang percaya pada cinta

walaubagaimana pun, tak semua cinta akan bertemu penghujung, tak semua cinta akan berakhir siasia.

Buat yg takpercaya cinta, sabau ye. Sila stick pada pandangn anda. Percaya pada diri. sEtiap mereka ada fikiran masing masing yg xdak sapa boleh pertikai mahupun menafikannya. Okes.

Mereka dan aku taw,sama ada endles or not, xdak sapa boleh nk argue tentang kewujudan cinta dalam sejarah kewujudan manusia.

Cinta menyakitkan. Namun cinta juga menyembuhkan. Ia menyatukan. Tp juga memisahkan. Ia masalah, tp ia juga penyelesaian. Ehem.

Ia bkn bnda kecil. Bukan juga bnda yang murah. Juga bukan perkataan bodoh dan sia sia yg people keep talking tiap masa. Dah berzaman isu cinta tak pernah lekang di bibir. Tkadang sampai bosan mendengarnya.

Tapi bila cinta itu kuat, di ats landasan benar, ia kukuh. Cinta memberi segunung pengertian tentang hdup. Cinta menghidupkan kehidupan. Cinta..clearly serve for a lot of things!

Tp..tp,tp. Cinta juga byk membawa penderitaan. Sangat disaster sampai blh mengalir ayaq mata. Ia boleh jd sesuatu yg paling buruk sepanjang hdup. The hardest n the purest pain ever!

Tp. Itulah cinta.

Kalau dari sisi anda cinta itu disaster, ketahuilah di sisi berjuta yang lain, cinta adalah penyembuh untuk setiap kesakitan. Cinta adalah kedamaian dan ketenangan. Cinta itu anugerah. Xda apa yang lebih diperlukan selain cinta.

Sangat membahagiakan untuk mereka yg percya cinta.. Cinta boleh tergambar biarpun tanpa kata-kata. Cinta itu puisi. Cinta itu doa. Cinta itu kedamaian. Kerana cinta kita wujud. Kerana kita hidup dalam cinta.

Yes,we are here for love. Peace!!

22 August 2012

dunia..jadi saksi

Salam Syawal 1433H.
Smoga hari kemenangan dirai dengan penuh kesyukuran.

Hidup di dunia hanyalah satu persinggahan. Nikmatilah selagi mampu.

Kadang2 terlintas dibenak fikiran. Apakah manusia harus hidup, dipaksa menjalani kehidupan yang tak pernah mereka pinta? Apakah manusia itu harus, meneruskan hidup meski hari2 nya penuh kepahitan yg menanti.

banyak orang sekadar menjalani hidup, meniti arus kehidupan, pasrah, menyesuaikan diri dengan keadaan semasa, ada juga yang berani melawan arus, gigih meneruskan kehidupan.

ada juga yang mengikut sahaja arus yang mengalir..bila arus deras mengalir, manusia ikut berkejar kejaran memintas arus. apakah manusia itu harus sama? harus belajar smpai universiti, kemudian bekerja, kahwin, beranak pinak dan terus hidup sampai ajal menjemput? adakah setakat itu sahaja tujuan manusia diciptakan?

Apakah makna, apakah pengisian di sebalik apa yang telah dilalui? kosong. sekadar menjalani ujian-ujian hidup. sekadar mengisi sisa-sisa umur yang masih berbaki.
“Tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku”. -al_Drariat [51]: ayat 56

tugas utama manusia, sepanjang hidup adalah untuk beribadat kepada Allah. itu tujuan utama manusia diciptakan. namun, melakukan ibadah itu sendiri bukan merupakan tujuan hidup, tetapi tugas seorang hamba yang harus dilaksanakan sepanjang hidup.

agar manusia tahu, manusia sedar, kedudukan mereka di dunia ini hanyalah sebagai seorang hamba  Allah yang harus tunduk,patuh dan pasrah kepadaNya. dan juga seorang khalifah yang diamanahkan oleh Allah untuk hidup memakmurkan bumi sesuai dengan tuntutan agama.

kehidupan ini bukan hanya di dunia sahaja, tapi ada akhirat yang jauh lagi penting untuk digapai. sebagai seorang muslim kita harus punya matlamat. iaitu matlamat untuk meraih syurga yang abadi.

kita diberi kesempatan hidup di dunia hanya sekali. jadilah manusia yang berjaya sebagai seorang islam, apa-apa yang dikerjakan haruslah memberi manfaat kepada orang lain bukan hanya pada diri sendiri. beramal dengan segala ilmu yang ada. kutip segala hikmah daripada ujian dan bala yang menimpa. semoga matlamat membawa kepada niat semata meraih redhaNya.

 “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”

fitrah manusia, tak ingin hidup menderita.
namun, berbahagialah orang-orang yang disapa Allah dengan ujian dan kesusahan. kerana di situ terselit cahaya dan kasih sayang Allah kepada hambaNya.


harus diingat, mencari ilmu, kerja, kahwin, zuriat itu juga termasuk dalam skop ibadah. namun jika tidak diselarikan dengan niat kerana Allah pun tiada gunanya. kosong. sia sia.



17 August 2012

keikhlasan yang menipu.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan pada Allah untuk segala nikmat rezeki dan kebahagiaan yang berpanjangan seumur hidup. Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah.

Ucapan tahniah kepada yang masih menikmati hari-hari terindah dalam hidup, yang sedang meniti puncak kejayaan. yang telah mendahului kemajuan hidup. yang kaya, yang berharta, yang berilmu.

Namun sesungguhnya segala nikmat itu hanyalah pinjaman Tuhan.

MAnusia itu tidak sempurna. Tetapi sifat manusia itu sendiri sukar menerima ketidaksempurnaan. ditambah dengan nikmat yang dikecapi tidak terhitung banyaknya. Hingga lupa fitrah kejadian diri. lupa pada Sang Pemberi. terasakan semua yang dikecapi adalh hasil titik peluh sendiri.

memang benar. tuhan tak akan ubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang mengubahnya. itu tepat sekali. tetapi kamu lupa, itu semua terjadi dengan izinNya, dengan pertolonganNya. maka kamu lupa. sebab itu kamu bongkak. errr

hidup ini untuk dikongsi. bukan untuk membangga diri.
bila dah senang manusia rasa dia dah cukup berjaya. nak berkongsi pun susah, kalau ada pun, kerjanya nak perli orang ja. bukan dia tak pernah rasa dulu sebelum dia berjaya. dia pun pernah susah. pasti dia faham. tapi dia dah lupa. sebab dia dah senang. buat apa nak ingat lagi. orang berjaya kan selalu kena pandang hadapan. sebab tu dia berjaya. yela towwww.

bila dah senang. bercakap pun kena gaya orang senang. sape duk bawah, kena perli2..kena hina2 sikit. baru mereka sedar dan bangun untuk berjaya. sumpah, sape duk bawah tu kecik ati bila dengar.

tapi kadang-kadang mereka ini nak orang lain cuba contohi supaya berjaya macam mereka. bagus la tu. tapi cara mereka salah. dia kongsi kejayaan dia je, duk cerita kebolehan dia. bukan nak kongsi macam mana dia berjaya.. bukan nak tolong nasihat baik2. keja duk perli orang ja. hinggakan orang yang dengar ni naik menyampah.

orang yang berjaya, bila mereka pandai cakap, pandai ambik hati orang, baru orang akan hormat. kalau kamu orang yang berjaya, kamu rasa kamu dah cukup ikhlas tolong orang, tapi orang tak hormat kamu. pelik,kn? mesti ada benda tak kena dengan kamu.

sebab apa..sebab kita tak nak terima pandangan orang lain. kita rasa apa yang kita buat semua betul. in fact, kita tak boleh nak judge diri sendiri sebab kita hidup dengan orang lain. orang lain ja yang boleh nampak kita macam mana. boleh nampak perubahan kita. so, dengar la bila orang lain kritik pasal kita, terima kekurangan diri. jangan ego. kita tak hidup sendiri.

buat yang lalai. cuba audit diri. kenapa orang ignore kita. padahal kita nak buat benda baik. rasa dah cukup ikhlas tp orang masih tak dengar cakap kita. satu jari kita point kt orang, 4 jari point kt diri sendiri. jangan rasa diri terlalu sempurna. kita punca pada masalah kita sendiri.

bila dah berjaya, kita takda hak nak hina orang gagal. siapa tahu sekarang kita senang..nanti bila yang dihina itu dah berjaya, turn kita pula ditimpa bala. berpesanlah dengan kebenaran. berkata yang baik-baik. bukan cakap perli2. wallahuaklam.

03 July 2012

the power of you

" never let situation controls you.. Tp kamu yang harus mengawal situasi"

Manusia selalu sangat menyalahkan situasi dan juga orang2 sekeliling akan apa yang berlaku pada diri sendiri. Padahal semua itu berpunca daripada mentaliti dia sendiri.
Tanpa mereka sedari..

Lazimnya.. tabiat pelik ni menggigit mereka yang lack of self confidence. kurang keyakinan dalam diri. susah nak decide sesuatu. jawapan dia untuk setiap pertanyaan adalah 'tidak tahu'. walhal dalam kepala otak dah ada jawapannya. tapi tiada keyakinan untuk mengekspresikannya. susah. tokrok cetong gini. malu-malu kucing. sebab orang-orang gini la maka keluarnya istilah pendiam. dan sombong. takpasalpasal. ;p bukankah melayan orang yang bisu sombong itu menyakitkan hati? err

Mereka yang kurang keyakinan ini bila berada dalam sesebuah komuniti yakni lebih daripada 2 orang, dia akan rasa terasing. Dipulaukan, terbiar tiada siapa yang mahu peduli tentang dirinya. Maka berlakulah konflik dalam diri. Diri terasa..tidak diperlukan sesiapa. then wujudlah istilah kemurungan..isolation..n so on. mula la tarik muncung..muka pun tak menarik hati. sape nak pandang? padahal takdak pa pon, hang tu yg pikiaq lebih. huihui..

people respond to you in the way you expect them to because you act in a way that creates the expected response.

Adalah satu kerugian untuk tidak menonjolkan diri yang sebenar, disebabkan perasaan malu yang melampau. untuk berjaya, kita harus yakin untuk decide apa sahaja yang kita patut suarakan. orang yang kita nampak hebat adalah orang yang berjaya meyakinkan mereka2 melalui percakapan. yang berlandaskan ilmu itu harus. banyak cakap kosong pun nampak hodoh jugaaa. Fizikal kita mencerminkan peribadi..supposely la. tp kadang-kadang ayat tu pn takleh pkai utk worst case scenario. ahaks. melalut smpai kelaut.

Hakikatnya dunia sekeliling tidak pernah menghukum apatah lagi membenci..perasaan dalaman sangat membunuh jiwa nurani sehingga membawa kesan kepada fizikal.

harinisayajadipakarmotibasiiiiiiiii ;)

08 June 2012

holahhhhhhh!!!

bila Tuhan tarik satu nikmat.. macam-macam perangai kita boleh tengok.

manusia ada pelbagai bentuk, juga banyak rupa. kadang-kadang manusia macam sesumpah. pegi sana betukar warna...datang sini berubah kaler.. itulah namanya kemandirian spesies. menyesuaikan diri dengan keadaan semasa. pepatah kata, dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. terlalu comfort bertukar kaler sampai kadang-kadang terkena sumpah.. tak kurang juga yg disumpah. err....

tak payah nak junjung langit sangatla kalau kaki tak pijak bumi. mentang-mentang dah pandai bertukar kaler.. jadi lupa pula pada yang takda bakat jadi sesumpah.


sesumpah sebenarnya lembab. slow nk mampus. bajet cun. bajet orang tak nampak dia buatpa.

buat sup pon sodap.....

postygtahpape.

sekian. wassalam.

blh juge baca ni kalau rajin.. natangsesumpah

10 May 2012

dia.takpercaya.mereka

aku buat kerja sampai malam sampai pagi aku tak tido seharian sebab aku komited dengan tanggungjawab aku. kau arah itu ini tapi kau tak pernah tengok kau tak pernah nak hargai malah kau campak hasil aku ke tepi. kau pandang rendah usaha aku. kau tak pernah anggap aku buat kerja yang terbaik. kau rasa kau je yang bagus. kau sorang. kau saja yang pandai. kau saja yang boleh impress cikgu kau. hotak kau.

padahal kerja kau hampeh! puiiiii

aku dah penat layan manusia perasan bagus.

kau tak tahu hidup ni bukan ada kau sorang.

kau ada manusia lain. kau ada tuhan yang sentiasa tengok kau.

kau dekan ujian dunia tapi..

hablumminannas... 

kau failed!

hablumminallah...

aku taknak ambik tahu.


'Sesungguhnya kamu semua tidak dapat mempergauli para manusia itu hanya dengan hartamu saja, maka pergaulilah mereka itu dengan wajah yang berseri2 serta baiknya budi pekerti' - Muhammad S.A.W.

05 April 2012

bahagia

siapa taknak bahagia. siapa taknak hidup takda masalah. bahagia sampai boleh senyum hari-hari. orang buat hal pun kita tak sakit hati. proposal kena reject pun boleh sengih2. tenang je jiwa. tak payah fikir masalah. ketawa kuat-kuat. takda efek pun dengan masalah sekeliling. indahnya hidup! nak tdo pun senang. takperlu dah belaian2 external pengulit mimpi. ahaks!

logik ke. orang gila je kot rasa gtu. lallala~

tak payah nak tunggu gila. kebahagiaan tu tak mustahil untuk dicapai untuk orang2 yang merasa manisnya iman.

bila datangnya dugaan. percaya pada Dia. tanpa ragu. yakin dengan janji2 Allah,

hidup ini cukup mudah. sebenarnya. selagi mana kita yakin dengan setiap perancangan Yang Maha Bijaksana, kita akan berlapang dada menerima segala pahit pedih yang ditakdirkan untuk kita. anggap itu satu tarbiyyah..untuk kita lebih mengenal dan mendekati Tuhan.

dalam hidup kita, tiap kali ada masalah dengan sesapa pun, at last kita akan fikir apa yang kita dah buat. kita akan terus fikir tentang mereka. hinggalah 1 masa kita sedar, setiap masalah yang hadir buat kita berfikir, buat kita tahu siapa kita. bila kita mula rasa kita salah, kita jumpa mereka, kita minta maaf. kita..kita... penat aih.

sebenarnya nak cakap, macam tu jugakla bila kita dengan tuhan. bila kita rasa terbeban dengan masalah, kita selalu tanya tuhan kenapa kita. kenapa kita yang kena tanggung smua ni. kita mintak pada Dia supaya hilangkan resah, hadirkan ketenangan. disitu lah kita sedar siapa kita disisi Dia,, hamba lemah yang selalu meminta. baru kita kenal diri kan?

bila Dia tengok kita dah jauh sangat daripada Dia, Dia nk pimpin kita balik. sebab Dia syg kita. Dia taknak kita sesat. Dia taknak kita lupa Dia. sebab tu tuhan turunkan ujian. sebab tu kita kena bersyukur. sebab Dia tak tinggal kita. sebab...sebab... ok.redundant. ;p

orang yang kuat iman yakni keyakinan dan percaya pada Allah akan selalu terima dugaan dengan hati yang terbuka.sebab dia tahu, apa yang dia hilang tersangatlah kecil harganya nak dibandingkan dengan apa yang Allah bakal beri nanti. dia yakin, dia dapat harungi semua pengorbanan tu,, kan Allah dah janji,

“..Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya..” (albaqarah: 286)

kadang-kadang kita rasa kita dah cukup berhak dapat sesuatu tapi banyak pula halangan yang menimpa. hakikatnya tak semua yang kita nak tu baik untuk kita. Tuhan tahu apa yang terbaik. berserahlah. berkorban. berimanlah kamu, 


“..dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.” (albaqarah: 216) 


so. nak bahagia ke tak? tepuk mana-mana anggota badan, tanya iman. dah cukup berimankah kamu untuk menjadi seorang yang bahagia.

 “sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman..” (al mukminun: 1)

bahagia tu ada harga. ingat. jangan duk gelak sangatla. banyak ketawa mematikan hati. ;p

17 March 2012

mati itu pasti

Don't think i can sleep for days..
it's haunting me terribly! i keep imagining what will happen if... if....
huhu. dat was the worst thing i ever experienced!!!

maapkan shaye.
sy jnji. tak buat lagi.

tapi sy takut. takut jadi pape kat awak.
kaki awak..

tadi saya fikir awak je.
tak kisah saya macam mana.
saya risau. awak sakit.
sebab saya.

tapi saya lagi takut
takut dengan hakikat.
hakikat hidup yang tak pernah mungkir

 “Setiap yang bernyawa pasti akan mati.” (al-Anbia’: 34)

kerana mati.
itu pasti.
Alhamdulillah.. itu adalah hidayah. petunjuk yg benar2 menginsafkan diri. 
Maafkan segala kekhilafanku..andai esok masih ada untukku..insyaAllah bertemu lagi..andai esok penamat riwayatku..iringi pemergianku dengan seribu doa agar dipermudahkan segala ketetapanNya...Kehidupan ini sedang kita lalui & kematian itu sedang kita nantikan...andai sampai waktu..tidak dilambatkan walau sesaat & tiap2 yang bernyawa pasti merasai mati...Semoga anda semua dirahmati ALLAH.

01 March 2012

selamat hari ibu


hari ibu bila tah. lupa. tengah-tengah panas mentari tengah hari tetiba teringat ibu. sudah lama ingin ditulis tapi masa tak memberi ruang dan kesempatan.

hari tu kulihat ibu melayan karenah cucu. cucu kesayangan. ku lihat hiba. sangat sabar melayan anak-anak setahun jagung yang hanya pandai merengek. memekik. memekakkan telinga. dulu jaga anak sendiri. sekarang jaga cucu. sampai bila. sampai ajal menjemput.

anak-anak tak pernah mengerti kesusahan dan kesulitan ibu. bila dah meningkat usia. anak-anak masih tidak mengerti. tidak pernah pandai membalas jasa ibu yang setimpal. sekalipun memberi ruang untuk ibu bersara daripada menjadi 'pengasuh' setelah berdekad memikul tanggungjawab mendidik anak.

bukan itu ceritanya. kita sambung..

kulihat ibu. cuba mengajar cucu menulis. cucu yang langsung masih tak mengerti apa-apa. kulihat lagi. ibu cuba menulis di kertas. cuba memegang pensel. dia lukis.. bulatan. bulat-bulat. kunampak sedih. hanya itu yang mampu dia tulis. kulihat hiba. Ya Allah. ingin sekali aku memeluk ibu..saat itu.

sungguh besar pengorbanan ibu. mendidik anak-anak. memberi ilmu. walau betapa sulit kehidupan. walau betapa susah menjalani hidup. asalkan anak-anak berjaya. boleh membaca, menjadi manusia berilmu..berguna. meskipun ibu tidak pernah tahu membaca, menulis!!

terima kasih ibu. walau perkataan sayang tak pernah terucap di bibirmu, ku tahu jauh disudut hati ibu sangat menyayangi anaknya. keheningan mata ibu menggambarkan segalanya. terima kasih. semoga Allah sentiasa merahmati ibu, kurniakan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah ruah sepanjang hayat.

ma. kusayang kamu.

give n take

xda ayat...maw tulis apa. wawawa.

ok, seriuouoous. nk cakap pasal give and take. kenapa ramai orang tak sedar yang dia jarang sesangatttt memberi..melainkan tiap-tiap hari dia hanya pandai meMINTA dan TERIMA je? kenapakah? kedekut ke...

bagi mereka yang selalu memberi pulak,
lama kelamaan mereka akan rasa muak..bosan. walaupun pada awalnya niat dia ikhlas nk menolong. sebab tiada apa yang dia dapat dengan menolong orang2 yang suka meminta je. tapi langsung takmau membalas kebaikan mereka walau sedikit pun. dengan kata lain rasa tak dihargai. kadang-kadang perasaan terasa dipergunakan pun bermain dalam kepala. 

"Lagi cepat kita sakit hati dan marah terutama org yg kita buat baik, suatu indikator kurang keikhlasan dan redha Allah yg kita cari. Bila Allah saja yg kita tuju dan cari, apa makhluk lain buat jadi kecil. Utk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati. Jika banyak dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauh nya kita dari Allah dan ketenangan jiwa" - Prof. Dr. Muhaya

pulak..kn. renung-renungkan.

so.. untuk mengelakkan keikhlasan kita tercalar, daripada kita asyik fikir dan mengungkit pertolongan kita, lebih baik jauhkan diri daripada golongan ini. sedikit sebanyak blh mengajar dia berdikari.. mungkin. ;p

Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama kita. Jika kita tak pandai untuk menghargai mereka, sudah tentu mereka pergi meninggalkan kita. Berbuat baiklah kepada mereka mengikut kemampuan diri kita. balaslah kebaikan mereka walau sedikit pun. belajar memberi. tunjukkan sedikit penghargaan buat mereka. kerana mereka juga punya hati dan rasa.
 "Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita."
maafla. kalau tak suka..sy menjauh. menjauh maknaya saya terima kelemahan kamu. tapi saya dh tak mampu nak makan hati bila ada dengan kamu. saya tak boleh simpan biawak hidup.