22 December 2011

aku tak bodoh.

aku bosan.banyak orang aku jumpa.
tapi orang ini buat aku lemah. tak berdaya.
orang pandai. tapi tak bijak.

lagak kamu mcm cendekiawan
tapi sebenarnya kamu cendawan.
cendawan racun yang tak ada harga.
menyakitkan mata. menyakitkan hati.
cendawan itu.
kamu.

aku tahu. kamu tahu.
kamu tahu siapa kamu
kamu bodoh? kamu bijak?
hanya kamu yang mengerti.siapa kamu.
hanya di situ. di situ saja. hakikatnya.

kamu tunjuk cerdik
tapi nmpak lagi bodoh
itu. pandangan manusia untuk kamu.
jelik.

berhenti lagak cerdik
berhenti tunjuk pandai
sebab kamu tak pernah cerdik.
memang. selalu begitu.

"....Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid)
biarlah orang nampak kita tak pandai daripada orang nampak kebodohan kita nak tunjuk pandai- ezielaily

14 December 2011

insane

jari menulis. otak kacau. apakah gerangan semua ini.
di keheningan malam yang sunyi sepi. ku terjaga.
tiba tiba hati jadi hiba.
jiwa rasa tak best.
perasaan yang tidak enak untuk dirasa.
apakah semua ini.
adakah deria keenam cuba menduga.
memberitakan.
sesuatu.

Allahuma inni audzubika minal hami wal hazan..

salah.
mungkin hati salah mentafsir jiwa.
mungkin kali ini akal yang betul.
ya. hati yang salah. salah mentafsir. jiwa.
MUNGKIN.

jum sambung mimpi.
moga esok terjaga lagi.

Dengan nama Mu ya Allah aku hidup dan aku mati.

02 December 2011

GOAT is KAMBIN



tiap kali aku peluk dia, hati aku selalu cakap..
kamu tahu tak, btapa banyak nya rasa sayang aku untuk kamu, smoga Allah pelihara kamu.

tiap kali aku peluk atau cium dia..
itulah detik yang paling ikhlas pernah aku buat dalam hidup

AKU SAYANG DIA

18 October 2011

keep moving


move..move!!!!

bila dah tak suka duk situ.. pergilah... just move. gerak..gerak!!!
keep on moving.

jangan stay kat situ. jangan ikut orang. hidup harus berubah. jadi diri sendiri. jangan segan2. jangan fikir orang lain. orang lain tak akan fikir masalah kita. hidup kita milik kita. hidup dia milik dia.

pedulikan orang lain. tinggalkan halangan itu. dia bukan kamu.

gerak lah. cari sesuatu yang baru untuk hidup kamu. berubah2! hidup hanya sekali. jangan takut. beranikan diri.buat yang terbaikkkk!

Inna ma’al ‘usri yusra ----Sesungguhnya setelah kesulitan itu ada kemudahan

if u do not change, u will become extinct.

enjoy change! savor the adventure.. and enjoy the taste of new world!! 

kadang2 kita kena fikir untuk diri kita.. hidup kita bukan untuk orang lain. carilah kawan yang boleh membina. menjauh xbmakna lupa kawan. cuma mencari diri.. mencabar diri. utk lebih maju ke hadapan. keberanian.. sgt perlu. asmkm.

07 October 2011

itu hak dia

ada satu crita..once upon a time.

ada seorang pakcik. been warded. sakit katanya. disisinya ada anak perempuannya. tiba visiting hour, ada sdara jauh datang melawat. jauh. far far away. hbs beziarah pakcik tu, diorg tanya. pakcik nk mkn apa? nanti sy tolong belikan. pakcik tu jawab, pakcik tringin nak makan asam pedas, gulai serati dan ayam kampung....

anak perempuan pakcik tu marah. kenapa nak menyusahkan mereka. dahla datang dari jauh. abah plak mintak macam2. then pakcik tu cakap, wahai anakku.. abah xda pun mintak dia beli apa2. tapi dia yang mintak nk tolong belikan. abah cuma tunaikan hak mereka. _tamat_

ye..hak mereka. hak dia. hak kita. jangan nafikan hak orang lain. jangan menolak bila diberi. jangan rasa menyusahkan bila ada yang sanggup menolong. itu seolah olah kita menafikan hak mereka untuk berbuat baik.

cuba bayangkan bila anda ikhlas ingin menolong seseorang, tetapi mereka tolak.. xpela.. menyusahkan kamu saje. apa yang anda rasa? keciwa kn.

jangan sesekali kecewakan orang lain. berilah hak mereka.

hak ibu bapa.. kita adalah tanggungjawab mereka. jangan nafikan hak mereka. selagi mereka berupaya.. mintalah pertolongan mereka. sape tahu, mereka rasa tersisih bila kita terlalu berdikari! =)

26 September 2011

seindah mimpi.

pernah dengar wardina cakap? kalau kita betul-betul nak berubah ke arah kebaikan, dengan niat kerana Allah.. insyaAllah Dia akan hantar orang yang baik-baik untuk berdamping dengan kita. betul betul betul..

ive left every single thing behind me..and here i am, in a whole new world. semuanya baru! brand new one! have a blast ajazai. gotta find my cheese!


terima kasih utk kakak sy...
terima kasih utk ogre sy..

terima kasih utk housemate sy..
terima kasih utk kawan2 sy.. ;)

05 September 2011

salah aku

slalu orang menilai tengok luaran. selalu sangat. try pkai kasut dia..macam mana awk rasa. ketat ke longgar ke busuk? try plak pkai kasut aku. kasut aku ketat kot..sakit tak bila korang pkai? tak rasa pun.. sebab memang xfit utk korang. so pkai la kasut sendiri.

memangla salah aku. aku tahu itu. salah aku. aku yang salah. tapi salah aku sorang je ke??

memang salah aku. aku tegur xberhikmah. atau lebih tepat lagi tak beradab. tapi siapa yang mulakan..sape yang takda adab dulu? bukan aku. dia.


aku cuma penyampai suka duka apa orang lain rasa. padahal bukan hal aku pun. tapi aku pengantara. orang tengah yang failed!

tapi aku tak boleh duk diam macam orang lain. macam kayu. buta kayu. pandai cakap belakang tapi pengecut. cerita sana cerita sini. buta dalam celik. bisu dalam gempita.


jangan sakitkan hati orang yang aku sayang. tu je.. sakitkan hati aku takpe. aku tak kesah.

tapi orang.. tak nampak. aku tegur pun untuk orang lain juga. kalau aku pun buta bisu macam korang, takda pape yang akan berubah kot. yang buta akan tetap buta. yang celik.. sila bukak mata luas2. dah banyak benda berubah. perubahan ni jugak yang korang nak sangat kan. ambik la kau.. tapi masih tak duk diam lagi. korang yang bisu sila duk diam.

aku korbankan ini semua untuk orang2 yang bisu. lemah. tak berdaya.

“Sesiapa antara kamu yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah ia dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka ubahlah dengan lidahnya, sekiranya tidak mampu ubahlah dengan hatinya dan itu selemah-lemah iman.” (hadis Muslim)

salah aku juga..

03 September 2011

tolong aku

Tolong aku. Aku bosan. Tiap kali dia pergi aku rasa macam kehilangan. Mcm xda kawan. Macam empty. Macam rindu. Ermmm..

Dia kakak aku laa.

Tapi bila ngn dia pun aku jd mcm ni.
Alia.

Hehehehehe..

24 August 2011

kamikah yang bersalah

Haih nampaknye blog ini sudah berubah theme. Xpa. Ni blog sy. Baru je lps msj ngn sorang teman yang terlalu merendah diri sebab ape? Sebab dia study kt unisza. Dan dia sgt2 mengagungkan student2 dari hi clas university. Katanya budak2 uitm, um,utm,upm semuanya bijak. Dia xpandai. Ahaha.. oke dari sudut itu memang masuk akal la.. obvious! tp kdg2 kne think out of the box, tgk dari sudut lain. Nampak bekas2 cantik berkilau.. orang duk jg duk gilap tp isi kat dalam xsemestinya elok semuanya. Lumrah la tu. Hidup ni byk dimensi jgn sempitkan fikiran lihat 2D je. Ni zaman 3D dah ai.

Blajar kt u hebat macam mana pun tak menjamin seseorang tu untuk jd hebat. Betul tak? Penah jumpe tak student duk kt u hi clas tp perangai mcm low cls? Performance pn x se tOp nama u dia.Sy xpercaya kalau anda xpernah. Bukan nk kata apa.. bkn nk timbulkan kontroversi. Cuma nk menyedarkan mereka2 yang hanyut dengan pangkat dan nikmat dunia. Bangga diri. Rendah diri. Macam2 ada.

Saya pernah keluar dengan kawan2 lama saya.. kwn rapat. dengan kata lain reunion la kiranya. Yang sorg duk uitm shah alam, yang sorang duk UM, sowg lg duk UMT dan sorg lg, sy la..’low cls student’. Sedang enak bcakap tiba2 student um tu bukak cite sal cmna dia belajar kt sana..amek engineering.. silibus mcm tu mcm ni.. susah nk survive duk um bla3... then dia tnya lak dak uitm tu mcm mana kt sana.. ambik ape sem ni. Popet2 lgsung xhiraukan sy dan teman sy yg sorg lg. Mcm kayu. Bila sy mencelah sikit2 dia lgsung xnk dgr crita saya.. asyik cerita sal kehebatan institusi kebanggaan dia. Last2 msa nk blk dh.. dia tanya, awk amek kos mcm sy ke. Hah.. baru tahu? Setahun kawan. ok..sy bdk UMT jerr. Xpa. Diam.. itu lebih baik. -tamat- nilai sendiri.

Hidup ni xpunya satu hukum..bahawa kamu harus bjaya..wajib masuk u. Harus blaja kt u hi clas. Xda hukum semua tu. Mana saja kita berada itulah kita. Itulah jalan hidup kita. usaha bermatian matian pun kalau itu bkn untuk kita, sikitpun kita xkan dapat. Rezeki bukan hak kita..tapi di tangan Dia. Jadilah diri sendiri, kenal siapa kita, bersyukur dengan segala nikmat Nya, sabar dan tawakal. insyaAllah kejayaan itu milik kita..duduklah ceruk mana pun. Semua tu bkn penghalang.

Tak payah duk kata orang..cukupla tengok diri sendiri dulu. Kejar nama xkan bawa kita ke mana.. kejar ilmu, makin tinggi martabat kita. ilmu kat mana pun sama, yang penting nawaitu kita. nk cari ilmu ke nak blagak.Wallahu a’lam

put the power to what u want in life and love it honestly
hidup ni cukup indah dan tak akan pernah terbeban selagi mana kita tahu meghargai setiap inci ruang dan peluang yang kita dapat.

p/s;;; saya xpernah nyesal pun dpt UMT sebab ni yg sy nak. umt adalah top 3 lam list u yg sy apply. kata hati saya...................pasti!

16 August 2011

salam ramadhan..

lama sudah blog yg tidak menarik ini menyepikan diri. takdak idea. kering kontang. kepala pusing. hidup masih berjalan seperti biasa. ada suka ada duka. memang apa yang terjadi sekalipun yang pedih dan sekalipun terlalu bahagia..semuanya ada hikmah dan pengajaran. kita tak pernah bertemu dengan orang yang salah. dan kita tak akan pernah melalui detik waktu yang salah. semuanya ada kebaikan..ada sesuatu untuk kita pelajari. itulah yang menjanjikan siapa kita.

sebulan lebih.. pengajaran yang tak terhitung nilainya. berhadapan dengan berbagai ragam manusia. ada yang bengkok ada yang lurus..ada yang merangkak ada yang berlari.. ada yang mendongak, ada yang menunduk terpaku. aku..hanyalah pemerhati. lemah. tak berdaya..
tetapi.. dalam pemerhatian yang begitu tajam terhadap kehidupan lain..hati ini turut sama tersesat. tersesat dengan nikmat dunia sementara. terjerat dengan kesenangan duniawi. terasa diri sangat hina. berbekalkan iman yang lemah..yg sentiasa turun naik. di kala itu.. cahaya masih lagi hadir untukku. terima kasih untuk Sang Pemberi Nikmat..Allahu Rabbi. walaupun itu peluang untuk melunaskan impianku, namun telah kutinggalkan jalan itu. bukan bermakna pergi untuk selamanya..tetapi menjauh, semata mengharap redha Ilahi.


The Road Not Taken

  Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth;

Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim
Because it was grassy and wanted wear,
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same,

And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I marked the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way
I doubted if I should ever come back.

I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence:
Two roads diverged in a wood, and I,
I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
apa sahaja jalan yang dipilih.. itulah jalanmu. selagi Tuhan masih dihadapan.


.

22 May 2011

sebuah kehilangan

terkedu..menatap status2 fb seorang ibu mithali. seorang ibu yang banyak mengabdikan diri sebagai seorang hamba Allah yang solehah. seorang ibu yang taat pada agama. baru kehilangan seorang anak perempuan yang sangat disayangi, permata hati setelah bertahun menanti kehadiran seorang cahaya mata sulung. namun, kuasa Allah mengatasi segalanya, Raudhah Safiyyah..kembali ke pangkuanNya setelah hampir 50hari melihat dunia dan membahagiakan hari-hari ibubapa tercinta.
"Hari ini, Raudhah Saffiyah telah selamat dikebumikan ditanah perkuburan Shah Alam pada pukul 5.30ptg... Hujan renyai2 mengiringi pemergian bidadari kecil hati umi & babah... Walaupun hati umi& babah seperti hujan itu; namun umi & babah redha... kerana ini adalah ketentuan ALLAH, kerna Dia Tuhan kita... Pengharapan kita... tempat kita kembali... inshaALLAH, nnt kita berkumpul didalam syurga ye sayang...."
"Waktu umi & babah melihat jasad Raudhah Saffiyah pagi itu, bagaikan..... sesuatu yg tajam menghentap jantung umi... sepanjang perjalanan ke HSA, tanya doa & tangisan yg umi & babah ucapkan... umi dapat rasakan, hari ini adalah hari terakhir jodoh pertemuan kita... harapan umi hanya satu... ALLAH pertemukan kita di syurga..."
"Raudhah Saffiyah sihat... sihat... sihat... takde demam... takde sakit apa2... hanya cuma, masa Raudhah Saffiyah bersama umi & babah dikehidupan dunia ini telah ALLAH takdirkan berakhir Subuh tadi..."
"umi & babah... redha, redha, redha... kerana ini ketentuan ALLAH.... apapun asbab yg ALLAH hadirkan itu hanyalah asbab.. hakikatnya; ALLAH Maha Berkuasa... Dialah Yg Menulis Ketentuan untuk kita semua... umi & babah; say....ang Raudhah Saffiyah
"Selamat tinggal sayang umi & babah... InshaALLAH, bertemu lagi kita didalam syurga... disana pasti kehidupan yg lebih indah dan bermakna dari kehidupan dunia... peluk cium umi & babah berupa doa buatmu anakanda..."
"DariMu kami datang... kepadaMu... kami kembali... sesungguhnya, syurga itu adalah sebaik2 tempat kembali... moga ALLAH, kuatkan hati umi & babah, amin, amin, amin ya Rabbal a'lamin  "
...............innalillahi wainna ilaihiraji'un................................

berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. kehilangan orang tersayang adalah pengalaman yang tersangat perit untuk dihadapi. namun sebagai hamba, hanya iman dan taqwa sahaja yang mampu menangkis segala rasa. semoga kak azizah dan suami diangkat darjat keimanannya, tabah mengharungi ujian Allah.

peringatan buat yang masih hidup. dan masih meniti hari-hari yang penuh membahagiakan. renungi siapa kita. sama-samalah kita mengambil iktibar daripada petunjuk2 Allah. sesungguhnya jodoh, ajal dan pertemuan ketentuan Tuhan. kita sebagai hambaNya tak akan terlepas daripada ujian..juga daripada mati. Allah akan menguji hambanya. Tidak akan dibiarkan orang mengaku beriman begitu saja. Keimanan bukan hanya pengakuan lisan yang biasa menipu. Perlu diuji, agar bersih dari sifat kekufuran dan kemunafikan yang tersembunyi.

“Apakah manusia menyangka akan dibiarkan berkata kami beriman, padahal mereka belum diuji. Sungguh kami telah menguji orang-orang sebelummu.” (Al-Ankabut[]:2)
Kesusahan adalah nuansa fluktuatif kehidupan. Yang seharusnya menambah indah suasana hidup ini. Agar tidak membosankan. Kerana watak manusia selalu bosan dengan satu suasana yang tidak berubah. Bukannya kita mencabar kesusahan untuk datang. Tetapi kerana kesusahan adalah suatu kepastian. Hingga kita dituntut untuk bersikap positif dalam menghadapinya.
 

21 May 2011

aku nikahkan kau

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia

Firman Allah swt yang bermaksud :
dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui . An Nuur : Ayat 32

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
* Suami
* Isteri
* Wali
* Saksi
* Aqad [ Ijab Qabul ]

cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :
* Masih menuntut di kolej atau uniersiti
* Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
* Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga


justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

 Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .

sumber

15 May 2011

syok sendirey


alkisah sebuah keluarga hidup melarat yang tak sedar diri. hidup merata menumpang kasih, menumpang harta, menumpang belas manusiawi. sedangkan ukhrawi xpernah dikejar. iman dan ihsan entah ke mana. sering meratap nasib walhal nikmat kudrat yang sihat dan bertenaga tanpa cacat cela tak pernah dihargai. tak pernah diguna. satu hari, tuhan beri rezeki yang banyak tanpa disangka. daripada hidup menumpang orang, berteratak kayu, sekarang hidup terasa bagai di syurga langit ketujuh. mulalah lupa diri, heboh sana-sini bercerita, kagum tentang kemewahan berumah batu, perabot import. sayangnya semua tu pun harta menantu. masyaAllah.. ujian Allah nk bagi. nak uji sejauh mana keimanan manusia. tu pun masih xsedar.

'bila sudah tiada rasa malu, berbuatlah sesuka hatimu' -Rasulullah SAW

bila hidup syok sendiri. buat sesuka hati pun terasa disanjung orang. buat benda xelok pun terasa elok. xterasa dosa dan pahala. bila orang tegur, xnak terima, malah mengungkit. terasa semuanya betul. terasa diri disukai, disayangi, diperlukan semua orang. besarnya kepala. hidup di kemuncak syurga. bila dipuji, habis mengembang segala anggota. pecah. haha. bila ada yang bermulut manis, sekadar puji2 kosong, tp xsedar. terasa diri sangat cantik, duit berkepuk. dilihat bangga oleh semua orang. dan mulalah menmpakkan segala keindahan, even dh bersuami. riak. itulah manusia. bila terlebih pujian mulalah riak, takabbur, lupa diri, lupa agama. lupa..padahal semua tu ujian Allah semata-mata, dengan kuasaNya bila-bila masa akan ditarik nikmat yang sudah diberi. manusia mudah lupa, sebab itu nikmat adalah 1 bentuk ujian Allah kepada manusia.

tetapi, salah kita juga. manusia sekeliling yang terus-terusan mengabaikan mereka. malah terus-terusan memuji dan memuji. memberi galakan dan sokongan. tiada seorang pun yang berani menegur. takut. putus saudara. berdosa. sedar lak ada dosa. tp membiarkan orang2 syok sendiri hidup pun kita berdosa. tanggungjawab kita untuk mengamalkan sikap amal makruf nahi mungkar. kita bersaudara, ayat suka jaga tepi kain orang patut diketepikan. "berkata benar biarpun pahit". berkata benarlah! suka sy dengan ayat ni,
Cinta melulu hanyalah cinta buat orang yang lemah imannya. Itulah yang berlaku dalam kehidupan kita selama ini.Terlalu sayang, sayang hingga bisu untuk menegur kesalahan. Sudah ketara, tapi buat-buat lupa, sudah tahu dan nyata, tetapi pura-pura buat buta. Hinggakan diri sendiri pun terikut-ikut dan sama-sama jadi buta, gelap gelita.  -iluvislam.com

11 May 2011

d.u.n.i.a.


kadang2 hidup ni sangat kelakar. tapi pelakon seperti kita ni xsedar. yang hanya boleh menilai adalah penonton. sape penonton? kita sendiri juga. kita adalah pelakon kita adalah penonton. mereka adalah penonton mereka juga adalah pelakon seperti kita. pelakon dan penonton masing-masing memainkan peranan yang sama sebenarnya. tanpa kita sedar kita diperhati.. dan juga seorang pemerhati. macam drama yang kita tengok, banyak andaian kita boleh buat melihatkan bagaimana perlakuan karakter2 dalam sesebuah cerita. terkadang andaian kita betul. tapi xsemuanya betul. tp juga, banyak yang betul. ;p

sesungguhnya drama yang xda motif sangatlah tidak menariknya. dan setiap drama yang menarik mesti ada unsur2 kejiwaan. unsur2 keinsafan yang terselit membawa sejuta makna untuk dihayati bersama. semua tu boleh diambil menjadi pedoman untuk kita sebagai penonton menilai baik buruknya kehidupan dan manusia. untuk dipraktikkan dalam kehidupan kita sendiri.

begitulah kehidupan kita sebenarnya.

dalam kita melihat perlakuan baik buruk orang lain, sebenarnya baik buruk kita sendiri pun diperhatikan. dalam kita mengumpat menghina mengeji orang lain, sebenarnya kita sendiri pun sedang diumpat dan dikeji oleh orang lain. hidup ini cukup adil. saling memberi dan menerima.
hidup ini cukup mudah. buruk yang kita beri, buruklah yang kita dapat. karma.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: 
“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi)

sebaliknya bagi orang2 yang hanya melihat keburukan orang lain. kemudian berdiam diri dan mengambil iktibar daripada kejahilan manusia untuk kehidupan mereka. itulah orang2 yang beruntung..dan beroleh hidayah Allah.

Persoalannya perlukah kita membuka keaiban orang lain sedangkan kita sendiri seringkali melakukan kesalahan. Selain dari sikap suka membuka keaiban orang lain, sikap manusia hari ini ialah sukar memaafkan seolah-olah martabat mereka lebih tinggi dan lebih mulia.

Setiap insan yang pernah dan telah melakukan kesalahan jika ia bersungguh-sungguh bertaubat dan kesal serta berusaha memperbaiki diri adalah lebih baik di sisi Allah dari mereka yang suka menghitung dan memperbesarkan kesalahan orang lain. Mereka ini hanya indah di mata manusia yang serupa dengan mereka tetapi tidak pada Allah dan makhlukNya yang benar-benar beriman.


mcm xda kaitan je ngan intro ulasan drama  kt ats tu ;p

08 May 2011

suara itu


“Dalam jantung hati ada keserabutan yang tidak dapat dibersihkan melainkan dengan mengadap Allah, padanya ada kesunyian yang tidak dapat dihilangkan melainkan perdampingan dengan Allah, padanya ada dukacita yang tidak dapat ditanggalkan kecuali dengan kegembiraan mengenali Allah dan ketulusan berhubungan denganNya, padanya ada kegusaran yang tidak ditenangkan melainkan bersama Allah dan kembali kepadaNya, padanya ada api kedukaan yang tidak dapat dipadamkan melainkan redha dengan perintah, larangan dan ketentuan Allah, menghayati kesabaran sehingga bertemuNya, padanya ada kefakiran yang tidak dapat ditampung melainkan dengan cinta dan penyerahan diri kepada Allah, sentiasa mengingatiNya, keikhlasan yang benar kepadaNya”

- ‘Madarij al-Salikin’ al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah


http://drmaza.com

06 April 2011

Saat rindu bertasbih..

Bergelora perasaan rindu.. sebak. menusuk hati.
Perasaan yang sentiasa bermain-main, terngiang-ngiang di lubuk hati.
Anehnya manusia seringkali berperasaan rindu setelah melalui fasa-fasa kehilangan dalam hidup.
Setelah sedar akan kealpaan menghargai setiap waktu, setiap peluang, setiap sesuatu di depan mata.
Sungguh. Penyesalan yang tidak pernah berkesudahan.
Namun semuanya sudah terlambat.

Rasa rindu menjengah lagi..
Meniti hari-hari yang penuh dugaan dan cabaran.
Di kala hati terasa kosong, jiwa terasa sangat memerlukan.
Hari-hari terasa sunyi. Kerinduan itu sangat menyakitkan.
Membuah rasa..menggamit kenangan lalu.
Kadang- kadang perasaan rindu buat manusia tidak lupa asal-usul.

Rasa rindu semakin menebal..
Tatkala masa terasa sangat panjang.
Menanti hadirnya kembali memori lalu.
Namun hakikat tak akan pernah berubah. Kerana manusia tak akan selamanya berada di situ.
Yang tinggal hanyalah kenangan. Kenangan lalu yang hanya sekadar mampu dikenang.
Ditangisi.. tiada gunanya lagi. Semuanya sudah berlalu.

Di saat rindu bertasbih..
Menitis air mata. Mengenang dosa-dosa lalu.
Menangisi ombak jiwa yang tidak pernah berkesudahan.
Menangisi hati yang selalu alpa dengan tipu daya dunia. Yang melalaikan jiwa.
Saat rindu bertasbih lagi, susurilah jalanNya.. Kita masih ada Dia.

13 March 2011

Ratib cinta

Saat Ratib Cinta bergema,
Aku tertunduk kaku,
Memikul labuhan dusta dan dosa semalam,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah melewati silam yang kelam suram.
Saat Ratib Cinta bergema,
Titis-titis air mata rindu mengalir lesu,
Terhimpit antara keluh kesah dunia yang tidak pernah sudah,
Merenung mencari kembali lambaian kasihNya,
Setelah silam durjana mematikan hatiku.
Saat Ratib Cinta bergema,
Terpaku aku di hamparan sejadah rindu,
Meniti sepertiga malam yang kaku bisu,
Menanti sinar cahayaNya menyuluh,
Suram hati yang gersang tanpa kasihNya.
Ratib Cinta akan terus bergema,
Tanpa jemu dan lelah,
Menanti pengampunanNya,
Kerana aku tahu Dialah segalanya.
Ya Allah,
Andai ini Ratib Cinta terakhirku,
Ampuni segala khilaf semalamku,
Ya Rabbi.

 iluvislam.com


bukan mudah memiliki apa yang diingin dalam hidup..
selagi ia masih berada dalam genggaman,hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya..kerana penyesalan sudah tdk berarti ketika kita kehilangannya..

06 March 2011

jangan ditangisi apa yang bukan milikmu

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)

05 March 2011

hAti

hati. QALBU.
ada hati. ada kehidupan. ada jiwa
ada hati. ada kasih sayang.. manusia jatuh cinta
ada hati. ada rasa.. ada marah,ada sedih,ada kecewa...ada DENDAM. manusia bermusuhan
ada hati.. hati-hati dengan hati

jangan biarkan hati menguasai akal
kerana hati adalah raja yg menggerakkan seluruh anggota
jangan biarkan hati mati
kerana hati yang mati adalah hati yang penuh dengan kegelapan

dengan hati, hidup ada rasa
kerana hati adalah kehidupan.

“….Bahwa dalam diri setiap manusia terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baik pula seluruh amalnya, dan apabila ia itu rusak maka rusak pula seluruh perbuatannya. Gumpalan daging itu adalah hati.” (HR Imam Al-Bukhari)

27 January 2011

pertemuan sekali lagi.

allah titipkan rindu untuk kita saling mengingati..
allah ciptakan perpisahan agar kita saling menghargai...

pertemuan selepas perpisahan..
perasaan paling indah dan teristimewa.
terima kasih

01 January 2011

Alhamdulillah wa syukurillah

bismillahirrahmanirrahim...

segala puji bagi tuhan sekalian alam. yang menciptakan langit dan bumi. tiada tuhan yang layak disembah melainkan Dia.

syukur dengan segala nikmat kurniaan Ilahi. syukur dengan setiap doa yang telah termakbul. begitu indah aturanMu ya Allah. begitu besar nikmat yang Kau kurniakan. terima kasih yang tidak akan pernah terhitung dengan setiap anugerahMu.

syukur atas segala hidayahMu. syukur atas segala pertemuan dan perpisahan yang telah Engkau rencanakan. sesungguhnya segala yang terjadi adalah hidayah dan petunjuk daripadaMU.

yaAllah, aku mohon pada Mu agar ditetapkan hatiku ini kepada agamaMu, agar iman ku hanya kepadaMu ya Tuhan rabbul izzati walau sejahat mana pun hatiku ini, kau bersihkanlah ia yaAllah,berikanlah aku ketenangan dalam kehidupan ini bersama keluarga dan sahabat2 ku yang tercinta...amin yaAllah..

trima kasih kak azizah! kinda blessing to hear from you after a long time