22 August 2012

dunia..jadi saksi

Salam Syawal 1433H.
Smoga hari kemenangan dirai dengan penuh kesyukuran.

Hidup di dunia hanyalah satu persinggahan. Nikmatilah selagi mampu.

Kadang2 terlintas dibenak fikiran. Apakah manusia harus hidup, dipaksa menjalani kehidupan yang tak pernah mereka pinta? Apakah manusia itu harus, meneruskan hidup meski hari2 nya penuh kepahitan yg menanti.

banyak orang sekadar menjalani hidup, meniti arus kehidupan, pasrah, menyesuaikan diri dengan keadaan semasa, ada juga yang berani melawan arus, gigih meneruskan kehidupan.

ada juga yang mengikut sahaja arus yang mengalir..bila arus deras mengalir, manusia ikut berkejar kejaran memintas arus. apakah manusia itu harus sama? harus belajar smpai universiti, kemudian bekerja, kahwin, beranak pinak dan terus hidup sampai ajal menjemput? adakah setakat itu sahaja tujuan manusia diciptakan?

Apakah makna, apakah pengisian di sebalik apa yang telah dilalui? kosong. sekadar menjalani ujian-ujian hidup. sekadar mengisi sisa-sisa umur yang masih berbaki.
“Tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk menyembah kepada-Ku”. -al_Drariat [51]: ayat 56

tugas utama manusia, sepanjang hidup adalah untuk beribadat kepada Allah. itu tujuan utama manusia diciptakan. namun, melakukan ibadah itu sendiri bukan merupakan tujuan hidup, tetapi tugas seorang hamba yang harus dilaksanakan sepanjang hidup.

agar manusia tahu, manusia sedar, kedudukan mereka di dunia ini hanyalah sebagai seorang hamba  Allah yang harus tunduk,patuh dan pasrah kepadaNya. dan juga seorang khalifah yang diamanahkan oleh Allah untuk hidup memakmurkan bumi sesuai dengan tuntutan agama.

kehidupan ini bukan hanya di dunia sahaja, tapi ada akhirat yang jauh lagi penting untuk digapai. sebagai seorang muslim kita harus punya matlamat. iaitu matlamat untuk meraih syurga yang abadi.

kita diberi kesempatan hidup di dunia hanya sekali. jadilah manusia yang berjaya sebagai seorang islam, apa-apa yang dikerjakan haruslah memberi manfaat kepada orang lain bukan hanya pada diri sendiri. beramal dengan segala ilmu yang ada. kutip segala hikmah daripada ujian dan bala yang menimpa. semoga matlamat membawa kepada niat semata meraih redhaNya.

 “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”

fitrah manusia, tak ingin hidup menderita.
namun, berbahagialah orang-orang yang disapa Allah dengan ujian dan kesusahan. kerana di situ terselit cahaya dan kasih sayang Allah kepada hambaNya.


harus diingat, mencari ilmu, kerja, kahwin, zuriat itu juga termasuk dalam skop ibadah. namun jika tidak diselarikan dengan niat kerana Allah pun tiada gunanya. kosong. sia sia.