14 October 2010

selamat tinggal

Wahai Tuhanku, betapa telah Kau aturkan perkenalan sehingga membenihnya persahabatan dan Kau pupuk ia subur di hati kami.Bagaimana Kau meminta dia dariku kembali, sedang aku dan dia nyata milik-MU.
PadaMu kuserahkannya, andai pengorbanan itu penuh keredhaan. Kerana saat Kau hadirkan pertemuan, telahku redha untuk sebuah perpisahan.