01 March 2012

selamat hari ibu


hari ibu bila tah. lupa. tengah-tengah panas mentari tengah hari tetiba teringat ibu. sudah lama ingin ditulis tapi masa tak memberi ruang dan kesempatan.

hari tu kulihat ibu melayan karenah cucu. cucu kesayangan. ku lihat hiba. sangat sabar melayan anak-anak setahun jagung yang hanya pandai merengek. memekik. memekakkan telinga. dulu jaga anak sendiri. sekarang jaga cucu. sampai bila. sampai ajal menjemput.

anak-anak tak pernah mengerti kesusahan dan kesulitan ibu. bila dah meningkat usia. anak-anak masih tidak mengerti. tidak pernah pandai membalas jasa ibu yang setimpal. sekalipun memberi ruang untuk ibu bersara daripada menjadi 'pengasuh' setelah berdekad memikul tanggungjawab mendidik anak.

bukan itu ceritanya. kita sambung..

kulihat ibu. cuba mengajar cucu menulis. cucu yang langsung masih tak mengerti apa-apa. kulihat lagi. ibu cuba menulis di kertas. cuba memegang pensel. dia lukis.. bulatan. bulat-bulat. kunampak sedih. hanya itu yang mampu dia tulis. kulihat hiba. Ya Allah. ingin sekali aku memeluk ibu..saat itu.

sungguh besar pengorbanan ibu. mendidik anak-anak. memberi ilmu. walau betapa sulit kehidupan. walau betapa susah menjalani hidup. asalkan anak-anak berjaya. boleh membaca, menjadi manusia berilmu..berguna. meskipun ibu tidak pernah tahu membaca, menulis!!

terima kasih ibu. walau perkataan sayang tak pernah terucap di bibirmu, ku tahu jauh disudut hati ibu sangat menyayangi anaknya. keheningan mata ibu menggambarkan segalanya. terima kasih. semoga Allah sentiasa merahmati ibu, kurniakan rezeki dan kebahagiaan yang melimpah ruah sepanjang hayat.

ma. kusayang kamu.

give n take

xda ayat...maw tulis apa. wawawa.

ok, seriuouoous. nk cakap pasal give and take. kenapa ramai orang tak sedar yang dia jarang sesangatttt memberi..melainkan tiap-tiap hari dia hanya pandai meMINTA dan TERIMA je? kenapakah? kedekut ke...

bagi mereka yang selalu memberi pulak,
lama kelamaan mereka akan rasa muak..bosan. walaupun pada awalnya niat dia ikhlas nk menolong. sebab tiada apa yang dia dapat dengan menolong orang2 yang suka meminta je. tapi langsung takmau membalas kebaikan mereka walau sedikit pun. dengan kata lain rasa tak dihargai. kadang-kadang perasaan terasa dipergunakan pun bermain dalam kepala. 

"Lagi cepat kita sakit hati dan marah terutama org yg kita buat baik, suatu indikator kurang keikhlasan dan redha Allah yg kita cari. Bila Allah saja yg kita tuju dan cari, apa makhluk lain buat jadi kecil. Utk tahu kebersihan jiwa lihat berapa kali kita marah dan sakit hati. Jika banyak dan selalu mengenang kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita alangkah jauh nya kita dari Allah dan ketenangan jiwa" - Prof. Dr. Muhaya

pulak..kn. renung-renungkan.

so.. untuk mengelakkan keikhlasan kita tercalar, daripada kita asyik fikir dan mengungkit pertolongan kita, lebih baik jauhkan diri daripada golongan ini. sedikit sebanyak blh mengajar dia berdikari.. mungkin. ;p

Hargailah rakan-rakan yang masih ada bersama kita. Jika kita tak pandai untuk menghargai mereka, sudah tentu mereka pergi meninggalkan kita. Berbuat baiklah kepada mereka mengikut kemampuan diri kita. balaslah kebaikan mereka walau sedikit pun. belajar memberi. tunjukkan sedikit penghargaan buat mereka. kerana mereka juga punya hati dan rasa.
 "Waktu kita dalam keadaan senang, rakan-rakan akan mengenali kita. Waktu kita dalam kesusahan, kita akan mengenali siapa rakan-rakan kita."
maafla. kalau tak suka..sy menjauh. menjauh maknaya saya terima kelemahan kamu. tapi saya dh tak mampu nak makan hati bila ada dengan kamu. saya tak boleh simpan biawak hidup.