10 October 2010

inilah hidup...

what goes around comes around. hidup xubah mcm roda. yg diatas x selalu akn berada di atas. yg dibawah akan ke atas juga satu masa nanti. kebahagiaan yg baru seminit tercipta, tiba tiba hncur berkecai seolah olah tiada satu pun keindahan, memori yg pernah terukir. begitu senang meruntuhkan sesuatu yg mengambil masa yg lama untuk terbina. begitu mudah terlerai, setelah begitu lama masa diambil untuk terikat. betapa kejamnya manusia memusnahkan sesuatu yg skian lama terjalin, disebabkan kesilapan sekecil kuman, kesalahan yg xakan pernah difahami oleh masa-masa terindah yg pernah berlalu. betapa mahalnya harga sebuah kemaafan. betapa murahnya nilai sebuah perhubungan. kadang-kadang terasa tidak adil.

adakah itu namanya tkdir.. bilamana manusia sudah tidak mampu mengubah keadaan, bilamana manusia sudah kalah mempertahankan hakikat sebenar. Allahuakbar... hanya Allah yg maha mengetahui. sudah pasti terselit hikmah-hikmah di sebalik kesusahan itu. itu janji Allah. bersabarlah menempuh perpisahan, penderitaan. kerana ada sinar yang menanti di penghujung.

berilah aku kesabaran yaAllah...dlm menempuh dugaan ini. walaupun seketika.. itulah jln terbaik daripadaMu. aku redha. Kau rahmatilah dirinya, kau bahagiakanlah dirinya sepertimana aku pernah berasa bahagia sepanjang masa dia disisiku.

terima kasih wahai insan yang pernah menemani hari-hariku.. persahabatan ini xkn pernah berakhir meski terpisah disini. aku gembira mengenalimu..meniti hari-hari terindah bersama-sama, berkongsi ttg hidup, suka-duka tawa. berkongsi rasa, kasih sayang yg xpernah terhitung banyaknya. insyaAllah akn kekal hingga hujung nyawa. walaupun seketika, cukup bermakna mengenali seorg insan yg telah byk mengajarku erti hidup. walaupun dia tidak pernah tahu. biarlah mnjadi rahsia hidup..rahsia Tuhan. maaf atas segala perbuatan yg telah mencetuskan segala-galanya...yg tlh mncetuskan perpisahan yg xpernah terjangka. semoga Allah memberkati perjalanan hidupnya. amin...

No comments:

Post a Comment